Header Ads

TERKINI

Shahrol Nafi masam Muka Dengan Ajak


Persembahan kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak sememangnya dinantikan oleh ramai orang setiap minggu. Iyerlah, masa Maharaja Lawak Mega musim sebelum ini, lawak mereka memang kelakar. Sayangnya untuk tahun 2014 ini, kumpulan Shiro masih kurang menyengat. Lawak biasa-biasa je. Boleh dikatakan kumpulan Zero punya lawak lagi kelakar daripada mereka.

Kalau sebelum ini Shahrol pernah dikatakan berselisih faham dengan Jep Sepahtu, baru-baru ini pelawak tersebut dilihat bermasam muka terhadap pasangannya sendiri, Ajak. Ada dakwaan yang menyatakan mereka berdua pura-pura akrab dan profesional di hadapan orang ramai untuk menyembunyikan konflik yang tercetus. Namun menurut Shahrol, dia tidak berperang dingin dengan Ajak sebaliknya kecewa dengan produksi MLM2014. Kata Shahrol:-
Memang betul selepas persembahan malam itu saya marah, tapi bukan dengan Ajak. Saya geram dengan produksi sebab susunan props ketika kami buat persembahan tidak mengikut rancangan. Muka saya agak masam ketika berbual dengan Ajak mengenai hal itu di belakang pentas. Mungkin kebetulan masa saya mengadu kepada Ajak, ada yang ternampak dan tersalah sangka, jadi tersebarlah cerita begini.


Pastinya para peminat Shiro menarik nafas lega mendengar penjelasan Shahrol ini. Agak rugi kalau Ajak dan Shahrol bergaduh sesama sendiri lebih-lebih lagi ketika MLM2014 sedang berlangsung. Nanti tak dapatlah nak buat yang terbaik. Apa pun, diharapkan Shiro akan meningkatkan mutu persembahan mereka minggu ini. Jangan terlalu selesa dengan nama anda. Peminat sekarang sudah bijak dan tak takut untuk tidak mengundi mereka yang membuat persembahan tak kelakar. Sumber Harian Metro.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Tiada ulasan