Header Ads

TERKINI

Pakaian Dato’ Ac Mizal Jadi Trending


Pakaian unik pengacara terkenal Dato’ Ac Mizal semasa mengacarakan program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) minggu kelima menarik perhatian ramai.

Dato’ Ac tampil dengan memakai sut lengkap berwarna kuning yang memaparkan karikatur 'wajahnya' itu ternyata mengundang pelbagai reaksi peminat.

Lebih menarik lagi, karikatur tersebut dilengkapi dengan tagline Dato' Ac iaitu 'Peace' All'

Malah sut rekaan pereka fesyen berbakat iaitu Fairuz Ramdan itu juga telah menjadi perbualan di media sosial sehingga menjadi ‘trending worldwide’ di Twitter.

Berita itu dikongsi oleh isteri Dato’ Ac, Emylia menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang berbunyi:

“Wow weee… Hihihi BajuAc trending worldwide… Congrats to my designer @itsfr, This is Magic!! Hihihihi gud job my bro.” tulisnya.
Namun jangan salah sangka rata-ratanya memberikan reaksi positif dan melebelkan Dato 'Ac sebagai salah seorang pengacara paling ‘stylo’ dalam industri hiburan.


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Tiada ulasan