Sejak kebelakangan ini nama Nora Danish hangat dibualkan gara-gara gosip cinta antara pelakon cantik ini dengan Nadeem yang juga anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.
Walaupun berkali-kali Nora menyatakan hubungan yang terjalin sejak tujuh tahun lalu itu hanyalah sekadar teman rapat, namun peminat masih lagi ragu-ragu dengan keakraban mereka.
Terbaru, Nora yang ditemui sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 dua hari lepas masih menafikan gosip itu namun tidak menolak jika ditemukan jodoh dengan Nadeem.
Saya dengan Nadeem dah berkawan rapat sejak 7 tahun lepas. Kami tidak bercinta, tapi kalau betul jodoh saya dengan dia, saya tidak menolak. Rayqal pun ada ‘chemistry’ dengan dia.
Tapi sejujurnya saya belum terbuka hati untuk menerima seseorang kerana bagi saya nak jadi isteri bukan senang, perlukan komitmen yang tinggi. Kalau boleh saya tak nak kegagalan lama berulang lagi.
Menurut Nora, bukan kerana tidak percaya pada cinta yang menghalangnya untuk berkahwin lagi tetapi pelakon ini lebih selesa menumpukan perhatian kepada anaknya, Rayqal terlebih dahulu.
Saya bukan tak percaya pada cinta. Cuma apa yang penting bagi saya sekarang ini adalah Rayqal sihat dan rezeki kami bertambah murah.
Dalam perkembangan lain, Nora Danish baru sahaja dilantik sebagai duta Anugerah Syawal TV3 bersempena Hari Lebaran yang bakal tiba nanti di samping Adi Putra, Amar Asyraf, Tasha Shila, Nelydia Senrose, Aiman Hakim, dan Fiza Sabjahan.
Admin: Kalau ada jodoh tak kemana, kan?
Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan