Selasa, Julai 23, 2013
“Lelaki Itu Berbohong, Tak Usah Ungkit Cerita Lama” – Ashraf Muslim
“Lelaki Itu Berbohong, Tak Usah Ungkit Cerita Lama” – Ashraf Muslim
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melodi yang mendakwa bahawa dia adalah bekas tunang kepada isteri kedua Ashraf Muslim.
Lelaki itu membongkar rahsia bahawa Ashraf telah menganggu bekas tunangnya dan mempunyai hubungan sulit disaat mereka masih bertunang dan oleh kerana itu pernikahan mereka tidak kesampaian. Malah, perkara itu berlaku hanya selepas 9 bulan pernikahan Ashraf Muslim dan Nor Dayana.
Ashraf Muslim tampil membuat kenyataan bagi membersihkan namanya dan isteri menafikan dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya oleh lelaki itu (bekas tunang Wan Sakinah). “Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul.
“Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua. Apabila terlalu ramai yang cuba ambil ‘bahagian’ dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih.” jelas Ashraf Muslim.
Di dakwa ini adalah gambar pertunangan Wan Sakinah yang telah putus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan