Abby Abadi Akui Nikah Di Thailand, Segerakan Elak Maksiat
Selain kontroversi penikahan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah di Thailand, pelakon Abby Abadi juga mengejutkan semua pihak apabila mengakui sudah bernikah dengan seorang jejaka yang bernama Farhan sebelum Ramadhan.
Abby turut mengakui bahawa penikahan mereka itu berlangsung di Thailand dan ia dilakukan dengan segera kerana mahu mengelakkan sebarang maksiat.
“Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT — maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik.
“Jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa,” tambah Abby Abadi lagi.
Majlis persandingan di sebelah Abby Abadi akan berlangsung pada 31 Ogos, manakala di sebelah pihak Farhan majlis akan berlangsung pada 6 September di Tumpat, Kelantan.
Sedikit pengenalan Muhammad Farhan, beliau berasal dari Kampung Hutan Jambu, Tumpat, berusia 24tahun (17 Oktober 1989), anak sulung daripada 4 orang adik beradik dan dilahirkan di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan