Maya dan Ali selamat diijabkabulkan
Maya, Ali Selamat Bernikah Di Bellagio
Teks oleh Haswari Ali
www.murai.com.my
BELLAGIO, ITALI, 15 OGOS 2008: Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Maya Karin Roelcke, 28,akhirnya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Muhammad AliAbdullah atau Steven David Shorthose, 38, tepat jam 5 petang waktutempatan (waktu Malaysia 11 malam) semalam, 14 Ogos.
Maya dan Ali dinikahkan oleh imam yang berasal dari Algeria, Imam Abdullah,bertempat di Villa Corte de Lago, yang terletak berhampiran denganpusat peranginan terkemuka, Lake Como dengan bersaksikan 60 anggotakeluarga terdekat dan sahabat karib.
Maya yang mengenakanfesyen pengantin rekaan Syaful Bahrim dan disolek oleh Khir Khalid dariKuala Lumpur, kelihatan sungguh anggun dan gembira.
Antara rakan selebriti yang hadir menyaksikan upacara ituadalah pengarah Shuhaimi Baba, Kavita Kaur Sidhu, Yasmin Yusoff danJeslina Hashim.
Sebelum ini, majlis pendaftaran nikah secara sivil telah diadakan pada 9 Ogos lalu juga di Itali.
Mengimbas detik pertemuan mereka, Maya dan Ali mula dipertemukankira-kira 7 tahun lalu ketika selebriti berdarah campuran Melayu-Jermanitu, masih lagi bergelar hos untuk rancangan TV, Wavelength.
Ali pula ketika itu mengajar sebagai guru matematik di GardenInternational School yang secara kebetulan guru kepada adik Maya,Sarah. Ketika ini Ali mengajar di Alice Smith School, Seri Kembangan.
Mayaberkata, suaminya itu menunjukkan kesungguhan untuk mendalami Islamdan akhirnya memeluk agama yang suci itu sejak 4 tahun lalu. Mulai 2tahun lalu, barulah mereka sama-sama merancang kehidupan sebagai suamiisteri.
Pasangan itu dijadual mengadakan majlisresepsi dalam taman bertempat di Institut Penyelidikan PerhutananMalaysia (FRIM), Kepong, Selangor, pada 29 Ogos ini.
Maya baru saja memenangi gelaran Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) menerusi lakonannya dalam Anak Halal. Dia akan membintangi sebuah lagi filem arahan Osman Ali berjudul Pisau Cukur bersama Fazura tidak lama lagi.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
5 ulasan
hensem seh laki tuh!..
cantik baju maya. gaun camni susah sgt nak carik kat butik pengantin biasa.. either too kembang2, tacky or nampak sgt 80an
Alla... tak hensem mana pun... biasalah org melayu... bila mat salleh je semua cantik bagus walaupun dia hanya kutip sampah kt jalan. Jnji mat salleh.
gaun maya mmg sangat cantek.....nasib da kawen, kalu tak, teringin gak nak bagu panjang meleret2 camnie..... tapi bab suami dia ensem aku tak setuju...bab omputih da sepadan, tapi taklaaa ensem sgt.... sorry, ni opinion aku jerrr... ikhlas
aah la.. mna ade ensem... tp gaun ttp cun..
Catat Ulasan