Cham VE ceraikan isteri talak 3
Lafaz cerai sebab orang ketiga
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
PETALING JAYA - Salah seorang anggota kumpulan VE memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bahawa talak tiga yang dijatuhkan terhadap isterinya adalah disebabkan paksaan wanita itu yang mengaitkannya dengan kehadiran orang ketiga.
Charm atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil, 30, (gambar) berkata demikian semasa perbicaraan singkat di hadapan Hakim Syarie Jamil Ahmad yang mendengar permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah artis tersebut terhadap isterinya, Karmila Khalid, 31.
Dia yang popular dengan lagu Pop Yeh Yeh itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1 pagi, 5 Jun lalu, di kediaman mereka di Seksyen 13, Shah Alam di sini dengan lafaz berbunyi," Aku ceraikan kau dengan talak tiga!"
Sementara itu, Karmila ketika ditanya apa yang menyebabkan berlakunya lafaz tersebut mendakwa, mereka bergaduh sebelum itu dan dia mengaku telah memaksa suaminya untuk menceraikan dia.
"Saya kata, kalau nak sangat perempuan itu, ceraikan saya!" jelasnya tenang.
Karmila juga mendakwa, ketika diceraikan, dia baru habis menjalani tempoh pantang anak ketiga mereka selama 45 hari
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
9 ulasan
buruk tul prangai si cham ni..
tengok muka pun buruk..x senonoh..kehidupan artis..kalau da buruk perangai tu..segela2nya buruk..sendiri pk la..
ape nak jadila..kawin dah mcm mainan lak bg artis skrg ni....nauzubillah
bodo la ko cham..dah la anak ko kecil lg..xfikir tangungajawab kew? kang nnt ko nyesal ko bgtau aku..aku nk gelakkan ko..padan muka..ko la lelaki yg kejam..biase la pompuan kuat cemburu, lg2 bab yg melibatkan pompuan lain..supposely ko solve dgn rational la...
http://donloadz.blogspot.com/
admin echange link bley
http://donloadz.blogspot.com/
admin echange link bley
ape nak jdi la..dh kawen dh ade anak pon nak gatal ade pompuan lain..tak cukup sorang ke??
adoiii..mentang2 arr ko artist ko ingat ko leh buat sesuka ati ko..
aduh......bini lawa2 tk moh....isk2 bek bg gua........
Si cempeyek nih senarnya bukan lelaki tp jantan. Tu la pasal cerai bini baru lepas pantang. Ape tolol bengong bahalol tol lah die nih..malang la nasib budak2 tuh dapt bapak botaklol camtuh!
Catat Ulasan