Baru 10 bulan berkahwin, sudah mengalami keretakan rumahtangga. Adakah perkahwinan bagi diorang ni cam main-main jer..huhu..zaman sekarang ni macam2 boleh berlaku
Rumahtangga Nash tidak dapat diselamatkan lagi!
Oleh ZIEMAN
NADA suaranya jelas kedengaran sedih dan cerianya sedikit mendung. Jarang sekali penyanyi kesayangan ramai Nash Lefthanded bersikap demikian sepanjang perkenalan.
Mungkin juga soalan yang ditanya menyentuh hatinya dan situasi yang membelenggunya membuat Nash terkedu untuk mengeluarkan kata-kata yang sesuai.
Memikirkan soalan rumahtangga begitu sensitif, Nash lebih banyak mendengar dari memberi komen sepanjang perbualan.
Ketika berita rumahtangganya retak heboh diperkatakan, Nash bagaikan tersentak. Bukan tidak mahu berkongsi tapi bagi penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tiada Lagi Kidungmu' dan 'Pada Syurga Di Wajahmu' ini hanya mampu bertawakkal saja.
Dalam hati kecilnya, Nash akur dan redha perkahwinan yang dibina pada 16 November 2006 dengan usahawan kecantikan Sosialawati Lawiya, 44 sedang mengalami liku-liku keretakan dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.
Pasangan Nash-Sosilawati telah diijabkabulkan di Batu Pahat tahun lalu dengan diikuti dengan empat resepsi, antaranya di Hotel Palace of teh Golden Horses, Seri Kembangan.
Setelah 10 bulan menjalani kehidupan suami isteri, Nash yang juga ayah kepada tiga orang cahaya mata, Fareena Nash, 18, Najeeha Nasha, 16, Shameer Nasha, 11 serta seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 9 - terpaksa menerima ketentuan yang telah ditetapkan.
Mengikut sumber, isteri Nash, Sosilawati yang mempunyai enam orang anak, telahpun memfailkan tuntutan cerainya di mahkamah.
"Apa yang dapat saya katakan ialah sebagai seorang lelaki bukan mudah untuk melafazkan cerai. Lebih-lebih lagi di tengah keindahan bulan Ramadhan," jawab Nash dengan tenang.
Menurut Nash atau nama sebenarnya Nasharuddin Elias, lafaz cerai belum dilakukan olehnya lagi.
"Memang dia ada memohon cerai dan saya difahamkan dia telahpun memfailkan cerai. Mungkin selepas Ramadhan nanti saya akan pertimbangkan. Saya sudahpun berbincang dengan peguam saya...,"jelas penyanyi yang masih diminati jutaan peminat itu.
Katanya lagi, "Sebagai orang Islam, kita dianjurkan mengeratkan tali silaturrahim bukan sebaliknya. Saya tidak mahu ikut emosi.
"Keputusan hendaklah dibuat secara rasional di tempat yang sepatutnya sebab itulah jatuh talak di tangan lelaki. Mereka tidak mengikut perasaan bila membuat keputusan."
Nash yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan memberi gambaran buruk terhadap situasi rumahtangganya ketika ini sekadar mengucap panjang bila diajukan soalan susulan.
Baginya, ikatan perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat dan ini bukannya seperti 'main pondok-pondok'. Bila hati tidak suka, dirobohkan pondok.
Sebagai seorang yang sabar dan beriman, Nash tidak mahu melatah dulu dan tidak suka keadaan menjadi bertambah buruk dengan memberi statement yang akan menimbulkan spekulasi.
Baginya tempat seorang isteri sewajarnya di samping suami dan tidak molek bagi sang isteri memohon cerai di bulan mulia, seolah-olah tiada esok lagi dan tiada jalan penyelesaian.
Bunga-bunga retak di dalam rumahtangga Nash dan Sosilawati mula dikesan ketika di
"Cukuplah setakat ini"-Nash
awal perkahwinan lagi.
"Ketika di bulan keempat perkahwinan kami, saya sudah dapat rasakan sesuatu tidak kena. Keretakan yang dikesan cuba diatasi dengan musyawarah....," katanya lagi.
Bila ditanya mungkinkah yang genting dapat disambung dan yang retak dapat dicantum, Nash sekadar diam seribu bahasa.
Setelah lama berdiam diri, Nash berkata, "Cukuplah setakat ini...."
Tambahnya lagi, "Anak-anak saya memahami situasi saya ketika ini. Mereka boleh menerima apa saja situasi yang saya hadapi. Saya bangga anak-anak saya tabah menghadapi keadaan yang agak celaru ini."
Nash juga tidak mampu mengeluarkan perkara negatif tentang isteri atau perbuatannya yang telah merobek hatinya di takuti kenyataan itu akan merosak satu perhubungan suami isteri.
Hanya satu saja pintanya ketika ini, "tolong sampaikan salam saya pada peminat. Minta mereka doakan kebahagiaan saya dan anak-anak."
"Dia banyak melukakan hati saya. Itu saja yang boleh saya cakap. Saya harap peminat saya akan mendoakan kesejahteraan keluarga saya dalam apa keadaan sekalipun dan apa jua keputusan yang saya ambil," kata ayah kepada empat orang anak ini.
Yang pasti bait-bait indah di dalam lagu hitnya 'Pada Syurga Di Wajahmu' kini tinggal satu memori untuk Nash dan anak-anak.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe
Tags:
NASH AMEK WIT BINI DIER RM400,000.00.......
BalasPadamaku ase bini dia yg wat hal..
BalasPadamdia ada utang tuisyen anak dia dekat 2 tahun xbayar2
BalasPadam