Khamis, September 27, 2007

Eizlan gembira isteri bertudung bertudung



Oleh Hartati Hassan Basri

BANYAK perubahan yang berlaku dalam hidup pelakon kacak Eizlan Yusof sejak dua bulan melayari kehidupan berumah tangga. Selepas 36 tahun membujang, Eizlan bersyukur dipertemukan jodoh dengan wanita yang baik dan menyenangkan hatinya, Vie Shantie Haroon Khan, 22, 7 Julai lalu.

Tambah membanggakan Eizlan apabila isterinya meminta izin untuk memakai tudung pada hari ulang tahunnya yang ke-22 pada 26 Julai lalu.

Katanya, sebagai suami sudah tentu dia merestui niat murni isterinya kerana ia sesuatu yang dituntut agama.

"Alhamdulillah, kurang dosa saya kerana Vie tahu tanggungjawabnya. Dalam hal ini, saya memang tidak suka memaksa atau menyuruhnya buat sesuatu. Biar dia buat keputusan sendiri. Apabila dia mahu bertudung, sudah tentu saya izinkan.

"Kalau Vie berminat menceburi bidang lakonan, saya juga tidak akan membantah ataupun menyuruhnya. Segalanya terpulang kepada Vie," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengenai alam rumah tangga yang dibina pada 7 Julai lalu, Eizlan mengakui masih rasa pelik dan belum dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana baru itu sepenuhnya. Malah, adakala Eizlan seperti tidak percaya dirinya kini sudah berteman dan ada seseorang yang menanti kepulangannya di rumah.

"Dulu saya duduk seorang tapi kini berdua. Sudah tentu banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Tapi apa yang seronoknya, apabila balik rumah dalam keadaan letih dan stres, ada isteri yang boleh diajak berbual dan berkongsi cerita.

"Vie pula seorang yang nakal dan suka menyakat dan mengusik saya. Jadi kehidupan saya kini memang ceria dan bermakna. Saya juga terharu kerana Vie memilih untuk membataskan kerjanya supaya dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada rumah tangga.

"Bulan puasa tahun ini memang berbeza sangat kerana ada isteri. Sekarang saya ada teman berbuka puasa ataupun bersahur. Memandangkan kami berdua saja, saya lebih suka keluar makan dengan Vie sama ada berbuka atau bersahur.

"Kalau saya ada penggambaran, saya berbuka di lokasi dan Vie berbuka di luar ditemani sepupunya. walaupun dia asal Sabah, tapi sebahagian keluarganya ada di sini.



"Ada juga Vie mahu temankan saya berbuka di lokasi dengan membawa makanan, tetapi saya tidak mahu menyusahkannya," katanya.


Eizlan kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Lily Marlin arahan Harun Salim Bachik di sekitar Lembah Klang manakala isterinya menjadi perunding syarikat pembinaan.

Katanya, tawaran berlakon drama itu diterimanya selepas sembilan hari berkahwin dan ia turut dijayakan Julia Hana dan Zamarul Hisham.

Mengenai sambutan Aidilfitri pula, Eizlan mengakui tidak ada masalah bergilir raya, tetapi isterinya ada meluahkan kepadanya hasrat mahu balik ke Sabah menyambut hari raya bersama keluarganya.

"Insya-Allah saya akan menyambut hari raya bersama keluarga Vie. Tapi saya tidak pasti apakah dapat balik sebelum raya atau pada hari raya pertama. Segalanya bergantung kepada komitmen kerja.

"Maklumlah, Sabah bukan dekat, kalau Semenanjung boleh juga memandu kereta bila-bila masa tapi kalau Sabah kena tempah tiket kapal terbang. Kalau ikut jadual, drama ini dijangka selesai sehari dua sebelum raya.

"Apa yang pasti, Aidilfitri tahun ini berbeza kerana saya kini sudah berdua. Tahun ini nampaknya saya kena beli pakaian untuk isteri dan juga buah tangan untuk keluarga di Sabah," katanya.

Selepas berkahwin, Eizlan juga berpindah ke syarikat produksi baru apabila dilantik sebagai Penerbit Eksekutif di Excellent Pictures Sdn Bhd.

Projek terbaru mereka ialah menghasilkan drama bersiri Impak Maksima untuk TV3 yang dihasilkan berdasarkan konsep filem Impak Maksima.





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


4 ulasan:

  1. CANTIK NYA BINI DIER..SEJUK MATA MEMANDANG...CANTIK BANGAT..!!!

    BalasPadam
  2. tahniah buat abg eizlan dan kak vee..semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat

    BalasPadam
  3. AKU BTL2 XPHM R NGAN BINI SI EIZLAN YUSOFF NI..DIE NI MENTAL KE PE..?? ARI 2 DH KUA AKHBAR Y DIE DH B`TUDUNG N THEN AKU BELI MAJALAH PRESTIGE KELUARAN OKTOBER (cover dpn..shuhaimi baba, kavita kaur n someone)DLM 1 FUNCTION MOFAZ DIE X PAKAI TUDUNG..SIAP DYE RAMBUT N PAKAI DRESS DEDAH BSR BHGN DADA...SO, WHAT`S UP??

    BalasPadam
  4. well bg gang "minah hot" de pilihan same de nk seksi or sopan..coz de package beauty.....smg sume gang minah2 hot di msia tmsk aku ekeke..
    smg kite sesame memilih jalan yg benar n lurus semoge mendapat jodoh yg handsome and honest amin

    BalasPadam