Ashraf Sinclair mohon maaf
Pengacara perjelas cium Bunga Citra Lestari
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
www.bharian.com.my
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair yang sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi wanita popular Indonesia, Bunga Citra Lestari, memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan gambar mereka bercium yang tersebar di internet sejak minggu lalu.
Ashraf, 27, berkata gambar itu dirakamkan tanpa pengetahuan mereka oleh jurugambar bebas ketika beliau menemani Bunga, 24, yang ketika itu berada di Bali, Indonesia untuk menjayakan satu persembahan.
"Saya akui sedang dilamun cinta dengan Bunga dan penyebaran gambar itu tidak sepatutnya berlaku. Justeru, saya mengadakan sidang media ini kerana prihatin terhadap apa yang sudah berlaku.
“Saya cuma ingin membuat penjelasan supaya semua pihak faham situasi kami,” katanya pada sidang media di sini semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar berhubung gambar yang tersebar di internet.
Hubungan mereka berdua bermula sejak April lalu apabila Ashraf menemubual Bunga untuk rancangan Beat TV kendaliannya. Bagaimanapun, hubungan mereka makin intim sejak tiga bulan lalu.
Mengulas mengenai insiden itu, Ashraf berkata, tiada apa yang boleh dilakukannya kecuali meminta maaf.
"Saya sedar perkara seperti ini bukan untuk pengetahuan umum dan kami sememangnya sentiasa berhati-hati. Apabila ia sudah berlaku, hendak menafikannya tidak berguna lagi.
“Gambar itu memang gambar kami berdua tetapi kejadian ini memberi ruang untuk saya belajar daripada kesilapan," katanya.
Ashraf berkata, beliau menyedari penyebaran gambar itu di internet minggu lalu selepas dimaklumkan oleh Bunga. Selepas berbincang dengan pihak pengurusan, Beyond Events serta mendapat sokongan keluarga, Ashraf menganggap penjelasan menerusi sidang media tindakan terbaik.
Link:
Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari bercium
galeri gambar ashraff sinclair
galeri gambar bunga citra lestari
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tags:
15 ulasan
pandai2 jgk la nnt ko minta maaf kat Allah swt..
mmm....bg aku pe yg ashraf wt 2 perkara biase bg org b`cinta.. tp silap nye die wt kt tmpt open..public figure lak 2..n plg nmpak x teruk sbb Bunga yg over giler b`pakaian...bikini kt tmpat t`buke..lg2 r nmpk xsopan.korang pn xyah r hipokrit sgt knn nye xpenah kiss pkwe.wlau ktne pn korang kiss..hukum ttp sm..maybe xsume cm 2 tp majoriti mmg cm2...tul x??? ask that question to urself n keep it in ur pocket k...
mmm....bg aku pe yg ashraf wt 2 perkara biase bg org b`cinta.. tp silap nye die wt kt tmpt open..public figure lak 2..n plg nmpak teruk sbb Bunga yg over giler b`pakaian...bikini kt tmpat t`buke..lg2 r nmpk xsopan.korang pn xyah r hipokrit sgt knn nye xpenah kiss pkwe.wlau ktne pn korang kiss..hukum ttp sm..maybe xsume cm 2 tp majoriti mmg cm2...tul x??? ask that question to urself n keep it in ur pocket k...
munafik!
apa pun perkara nie tak patut berlaku...lebih teruk semua peminat pun tau...kalau nak buat keja tak elok tuu pandai2 lah sorok...biar tuhan jerr tau...
Kita semua bukan manusia yang sempurna so, yang berlalu biarkan berlalu...life must go on..Lagi pun benda ini sebenarnya semua orang pun buat cuma kes kamu ni lain sedikit sebabnya kamu ni orang terkenal.. bezanya itu saja sebenarnya..
bungaaaa.. jgn tinggalkan aku.. .kenapa ko pegi ke mat saleh celup itu???
aku rs baek ko pegi taubat nasuha lar drpd ko mntk maaf ngn fans ko..
coz, ko bdose ngn tuhan..
bknnye bdose ngn peminat ko..
bwk2 insaf lar yerk
kalo dh takley tahan nafsu sgt,
ikat pertalian.. kahwen trus
org dh takkn kate tym tuh
alasn yg dbrikan oleh ashrf 2,mmg x msk akl lnsg!!!ada ke dia ckp msa 2 wktu romntik???!dia Islam,tp wt prkra trktuk 2 npe??mlu r skit ngan Agma lain.Mcm mne r nk ajk Agma lain msuk Islam klu dia wt prkra yg Agma bukn Islam buat???Pkir r sndri apa yg sy ktkn ni.Sya sbgi Islm pun MALU dgn apa yg dia lkukn.Allah bg mka hnsem,tp slh gnakn...huh..taubat..taubat..pas2,da wt slh g mnta maaf ngn pmint???huh!ada plak yg myokong dia wt cm2??!!2 yg sy mrh sngt!klu bcnta,msti wt prkra trktuk 2 ke??!klu x sbr sngt,KAHWIN trus!!HUH!!!
wah3 cm tu je ke nk maap kn.. haih klu ye pn elok2 la ckit
inilah remaja zaman sekarang..
mmg la perkara biasa bg setengah org..
tp kalau ikut agama berdosa beb..
memang ikut nafsu syaitan sungguh..
ntah si ashraf nie..
wat pe mintak maaf kt fans..
sepatutnya mintak ampun kat Tuhan..
aku dah blacklist budak bodoh x tau malu nih!
MUKE X TAU MALU,,BODOH!!!!!!!!
aku pon x sangka die camni...
igt baik sangat.. muka cam nert je... eeii.. jijik aku tengok gambar tu.. uwek!! jawabla ko dalam ko dalam kubur nanti.. itu namanya pra-berzina tau.. ala, bagi ashraf tu bkn satu benda yang besar.. tu mmg rutin die kot... slamber je nak comolot tp x kawin lagi!
Hah...komen,komen jugak..tegur-tegur jugak..tapi awas setiap yang anda tulis..awas apa yang sedang bicara dalam hati...jangan menghukum manusia..Hanya Yang Maha Kuasa saja yang layak. kalau nak tegur..tegur elok-elok dan membina ye.. bukan dengan kutukan. nanti takut kita termakan kutukan sendiri...
eee...die ni mmg x tau malu la.x tau lah tuhan maafkan ke x.harp je baik rupenye..........jawblah nnti dlm kubur dgn si die 2.mse 2 bnyk nfsu sngt.
Catat Ulasan