Khamis, Disember 18, 2014

Izue Islam Elak bersentuhan pelakon wanita


KUALA LUMPUR, 18 DIS 2014: Pelakon Izzue Islam masih berpegang pada prinsip cuba tidak akan bersentuhan dengan pelakon wanita di set penggambaran terutama babak romantik.
Bagi dirinya, banyak cara lain untuk melihat sesuatu plot itu kelihatan mesra dan romantik selain daripada bersentuhan atau berpeluk.
“Walaupun bunyinya macam janggal tapi bagi saya ada sebabnya, jangan salah faham sebab setiap pelakon ada cara masing-masing untuk mengekalkan karektor.
“Sebagai memegang status sebagai seorang suami, menjaga aib pelakon wanita yang bujang adalah tanggungjawab saya, jadi tak perlu diperbesarkan isu ini,” kata Izzue ditemui portal Murai.com.my dimajlis sidang media Oh My English: Villa Isabellaaa!? di ibu negara.
Menurutnya, prinsip yang dia pegang ini hasil perbincangan dengan pengurusnya iaitu Awin dan majoriti produksi yang memberi tawaran berlakon tidak merasakan ia adalah masalah besar.
“Krew produksi pun okay, tidaklah merasakan kalau tiada adegan berpeluk itu memberikan masalah kepada mereka untuk ‘shoot’.
“Mereka semua ‘happy’ dan banyak perkara lain yang perlu ditekankan semasa sesi penggambaran terutama dari segi kamera, skrip dan tumpuan kepada watak yang ingin dilakonkan,’ ujar Izzue.
Sumber
Astro gempak


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan