Faralyna Idris Kini Sah Isteri
Jutaan tahniah diucapkan kepada Faralyna Idris dan Muhammad Fikri Abdullah yang telah sah bergelar suami isteri malam semalam. Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya. Pihak pengantin lelaki dan perempuan masing-masing menghantar 5 dulang hantaran. Untuk makluman, Faralyna dan Fikri telah bertunang pada Mei lalu selepas bercinta selama dua tahun.
Majlis resepsi Faralyna dan Fikri akan berlangsung di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya, malam ini. Faralyna telah pun melahirkan rasa syukurnya atas kelancaran majlis yang berlangsung walaupun lokasi majlis pernikahan ditukar pada saat akhir. Kata Faralyna menerusi Berita Harian:-
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Faralyna dan Fikri. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Semoga dimurahkan rezeki untuk cepat-cepat menimang cahaya mata. Tahniah!!!Alhamdulillah di sebalik kekalutan dan minit akhir kami mengubah lokasi majlis perkahwinan, akhirnya semua berjalan seadanya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu melancarkan segala-galanya.
Setakat ini kami tak merancang lagi nak berbulan madu ke mana-mana. Keputusan berkahwin ini pun mengejut… secara tiba-tiba apabila Fikri ajak saya kahwin. Perkara baik, keluarga pun tak ada halangan. Mungkin tahun depan kami akan berbulan madu.
Ikut keinginan hati ingin ke Pulau Maldives. Tapi tak kisahlah mana-mana janji kami dapat luangkan masa berdua menikmati keindahan fasa awal perkahwinan. Soal anak pun kami tak ada perancangan. Terima saja rezeki jika ada dalam masa terdekat
Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
Tiada ulasan
Catat Ulasan