Penyanyi Adilla terpaksa menerima hakikat apabila terpaksa menghentikan perjalanannya pada minggu kelima konsert Gegar Vaganza.
Pada minggu lalu, juri tetap Datuk Ramli M.S telah memberi pandangan kepada Adilla supaya ‘mudakan’ lagu yang dinyanyikannya.
Ternyata cubaan Adilla untuk memenuhi permintaan Ramli M.S supaya ‘memudakan’ lagu, gagal apabila dia diumumkan sebagai peserta yang terpaksa meninggalkan pentas Gegar Vaganza selepas berada dikedudukan dua terendah bersama bersama Sharifah Zarina.
Pada minggu bertemakan ‘Dedikasi’ itu, Adilla yang menyampaikan lagu ‘Can't Take My Eyes Off You’ nyanyian Frankie Valli kelihatan tenang sebaik sahaja mengetahui dia disingkirkan.
Selepas penyingkiran penyanyi yang kini aktif sebagai guru senamrobik itu, tinggal 8 lagi peserta bakal meneruskan perjuangan di pentas Gegar Vaganza untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.
Siapa pula yang akan mengikut jejak Adilla pada konsert keenam yang bertemakan ‘ Berdua Lebih Baik’ minggu hadapan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan