Selasa, November 11, 2014

Raja Azmi Fail Penceraian Hari Ini



Akhbar harian Metro Semalam melaporkan berita Pengarah popular, Raja Azmi bakal bercerai hari ini melalui kata-kata ini

Ya memang betul (akan bercerai) petang esok. Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya. Apa-apa, saya akan berkongsi selepas selesai semuanya esok


Akhirnya rumah tangga yang terbina antara Raja Azmi dan Eddie Ghazali akan berakhir jua petang esok. Sebelum ini Raja Azmi telah membuat pengakuan yang perkahwinannya kini sedang bergolak walaupun baru hampir setahun bergelar suami isteri. Khabarnya, Raja Azmi dan Eddie sudah tidak tinggal sebumbung sejak 3 bulan yang lalu.

Nampaknya kebahagiaan sehingga akhir nyawa yang diimpikan oleh setiap wanita selepas berkahwin tidak dapat dicapai oleh Raja Azmi menerusi perkahwinannya dengan Eddie Ghazali. Takziah diucapkan atas berita penceraian ini. Semoga ada hikmah di sebaliknya. Sama-samalah kita doakan ini adalah keputusan terbaik untuk mereka berdua.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan