SEBELUM ini, pernah disiarkan mengenai desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara Zizan Razak bakal mengikat kontrak bernilai RM2 juta bersama pihak pengurusan Astro.
Bagaimanapun, ketika itu dia belum membuat sebarang pengesahan kepada media kerana masih belum dihubungi pihak berkenaan.
Zizan kini sah berada di bawah pengurusan Astro dan ia diakui oleh pelakon itu sendiri menerusi Berita Harian.
Katanya, dia mengharapkan kerjayanya akan lebih bagus kerana sudah diuruskan oleh pihak yang lebih profesional.
“Saya juga akan sama-sama berbincang untuk memantapkan lagi kerjaya saya dalam semua bidang yang diceburi,” ujar kekasih kepada Emma Maembong itu.
Admin: Rezeki allah nak beri..jangan lupa berzakat..ingatan untuk admin juga
sumber:mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan