Header Ads

TERKINI

Liyana Jasmay lahir baby girl

Tahniah untuk artis Liyana Jasmay sebab dah lahirkan anak sulung ...

gambar dari instagram beliau sebelum bersalin


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi perempuan, malam tadi.
Liyana, 26, melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Berita kelahiran itu disahkan ibunya Habsah Simpon.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

"Kira-kira jam 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya.

Bagaimanapun, Liyana masih belum mengumumkan nama pilihan untuk bayi sulung itu.

Liyana berkahwin dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari tahun lalu dalam satu majlis di Hotel Seri Pacific, di sini.

Sumber: Harian metro

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Tiada ulasan