Fida Ibrahim seringkali dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya yang kurang sesuai dengan imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Namun begitu, timbul cakap-cakap kurang enak mengenai penampilan yang dibawanya mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung.
"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya," kata Fida.
"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."
Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut perkembangan kerjaya seninya kebanyakkannya memahami, tapi ada juga sesetengah orang hanya mendengar cakap-cakap orang lain tanpa mendengarkan penjelasan dari mulutnya sendiri.
"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini lagi.
Semoga Fida terus tambah dalam bidang yang menjadi pilihannya , yang setiasa tidak lekang dengan kontroversi.
Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan