Header Ads

TERKINI

Sidang media Ashraf Muslim isu kahwin dua

Ashraf Muslim Sangkal Dakwaan Kahwin Lain Kerana Zuriat

Petang tadi berlangsung sidang media khas bersama Ashraf Muslim untuk pelakon juga pengamal perubatan Islam itu memberikan kenyataan tentang kontroversi pernikahan kedua beliau.

Melalui mStar Online, Ashraf Muslim di’laporkan menyangkal dakwaan ramai yang mengatakan beliau berkahwin lain kerana kegagalan mendapat zuriat dalam perkahwinan pertama dengan Noor Dayana.

“Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan zuriat”



“Saya mengenali Sakinah sudah lama tapi kami hanya berkawan sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna”

Ashraf Muslim menjelaskan lagi keputusan beliau untuk bernikah di negara Thailand pada 7 Julai lalu adalah kerana berlaku beberapa perkara yang tidak di’jangka — namun tidak di’jelaskan apa yang telah berlaku.

“Saya mahu jaga hati ramai pihak dan pada asalnya ingin memberitahu semua selepas semuanya selesai,” jelas Ashraf Muslim.

“Namun sebelum sempat untuk beritahu Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya,” terangnya lagi yang kini dalam proses menenangkan kedua dua belah pihak keluarga selain ikhlas meminta maaf atas apa yang terjadi.

Admin : Erm No komen...kalau kawan-kawan semua boleh komen apa yang ada fikiran anda semua

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Tiada ulasan