Header Ads

TERKINI

Shafnie Dan Anak-Anak Mesra Dengan Ibu Bapa AC Mizal



Rasanya macam tak lama dulu saja kita melihat gambar-gambar anak-anak Shafnie Zainuddin, bekas isteri Datuk AC Mizal, yang pada masa itu masih kecil.

Diam tak diam dua orang anak lelaki Shafnie sudah meningkat remaja dan wajah mereka, terutama Muhammad Shafiq Iman, 17, saling tidak tumpah seperti wajah bapa.

Biarpun sudah berbelas tahun ibu bapa mereka berpisah dan sudah tiga tahun mereka tidak bertemu bapa mereka, anak-anak Shafnie bagaimana pun rapat dengan ibu bapa kepada AC Mizal, iaitu datuk dan nenek mereka, malah Syafnie dan anak-anak juga rapat dan tetap keluar bersama keluarga sebelah bapa.

Mungkin inilah yang dikatakan ‘air dicincang tidakkan putus’. Ikatan kekeluargaan dengan datuk dan nenek tetap utuh walaupun ikatan cinta yang pernah menyatukan kedua ibu bapa mereka telah terlerai. Syabas diucapkan kepada Shafiq Iman dan Shabil Iman, 14. Dan syabas juga kepada Shafnie yang telah mendidik mereka dengan baik. Bersama kita nantikan AC Mizal pula berjumpa dengan Shafiq dan Shabil. Kredit gambar dan info, Forum Cari.

Tiada ulasan