Raja Azmi Selamat bertunang
Sumber berita dari MURAI
HULU KLANG, 15 JULAI 2013: Produser kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pemain bass kumpulan CRK, Mohamad Eddie Ghazali, 45,dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di kediamannya di Ukay Perdana kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung Eddie, Mohamad Daniel yang mewakili ayahnya.
Pihak Raja Azmi pula diwakili anak perempuannya, Puteri Suraya Mohad Jalani. Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa telekung, kek dan manisan.
Manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang hantaran terdiri daripada jam, baju, kek, manisan dan biskut.
Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Eddie, Mariah Abu Samah
Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega semuanya berjalan lancar.
"Alhamdulilah, jika sebelum majlis saya sedikit gementar, kini saya rasa gembira dan bahagia sekali," luahnya.
Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada 15 September ini dengan hanya senaskah al-Quran seperti yang diminta oleh pihak perempuan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan