Jumaat, Julai 19, 2013

Qi Razali mesra bersama Nelydia Senrose



Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram milik Qi Razali, pelakon drama Friday I’m In Love ini difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke Argentina bagi menjalani sesi penggambaran program Art Attack.

Pelakon lelaki ini dikatakan akan berada di negara tersebut selama dua bulan dan ini bermakna dia akan pulang semula ke Malaysia pada September depan.

Meskipun baru sebentar berjauhan dengan Nelydia Senrose, pelakon ini sudah mula melahirkan rasa rindu terhadap kekasih hatinya itu dan perasaan tersebut turut dilahirkan menerusi status yang dimuat naik di laman mikro Twitternya beberapa jam yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan