Puisi Sedih Bukan Dari Dayana
Lagi cerita tentang kontroversi pelakon Ashraf Muslim yang berpoligami. Kini, heboh dilaman sosial Facebook munculnya satu puisi nukilah hati yang didakwa ditulis oleh Nor Dayana iaitu isteri pertama Ashraf yang melahirkan kesedihan melalui puisi itu.
Namun, sebenarnya puisi itu bukan lah dari Nor Dayana. Ianya ditulis oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Ana Hawana di laman sosial Facebooknya namun disalah erti oleh orang ramai dan menganggap puisi itu dari Nor Dayana kerana dibawah puisi itu tertulis “May Allah bless u Dayana”.
Tak usah bicara tentang payung emas Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah Tak usah bicara tentang zuriat Kerana Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun… Tak usah bicara tentang setia Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan Tak usah bicara tentang tanggungjawab Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu Tak usah bicara tentang kesempurnaan Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah Tak usah bicara tentang dia Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah Kerana satu dunia tahu Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
Puisi tersebut telah keluar di satu blog hiburan popular tanah air, namun Ana Hawana mengesahkan bahawa puisi itu bukan lah dari Dayana dan tidak mahu puisi itu mengeruhkan lagi keadaan dan menambah kekusutan Dayana ketika melalui saat-saat yang sukar kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan