Khamis, Julai 25, 2013

Hattan selamat bernikah



Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih




PENYANYI, Datuk Mohd Shukri Shahabudin atau lebih dikenali sebagai Hattan, menyarungkan cincin kepada isterinya, Arianie Mohd Abidin pada majlis akad nikah di Hotel JW Marriott, Putrajaya, hari ini. Selamat pengantin baru diucapkan dan semoga berbahagia selamanya.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa tepat pada pukul 6 petang. Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media. Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan senaskah Al-Quran sebagai hantaran.

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Antara selebriti yang menghadiri majlis pernikahan Datuk Hattan dan Arianie Abidin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.

Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

Hattan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah dalam persalinan sedondon dari rona kuning rekaan Ezuwan Ismail.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain kami berharap perkahwinan kedua ini akan berkekalan sehingga akhir hayat", katanya.

Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis tersebut adalah Datuk A. Rahman Hassan, Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain dan Misha Omar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan