Nora Danish bakal Beraya Bersama Fasha Sandha Di Rumah Bekas Mertua
Kata Nora Danish kepada portal GUA:-
Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.
Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana
Respek dengan Nora Danish sebab keupayaannya menjaga hubungan antara dirinya dan bekas mertua. Bukan semua wanita mampu berbuat demikian. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan cekal sahaja akan berjaya. Apa pun, buat Nora dan Fasha, jangan lupa kongsikan gambar anda bersalaman di pagi raya kelak.
Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan