Noniswara Sah Bercerai Secara Taklik
Pelakon Noniswara akhirnya sah bercerai secara taklik dengan ahli korporat, Datuk Rosman Ridzwan selepas diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
Sebelum ini, Nonis telah memfailkan permohonan cerai taklik pada 9 Mei lalu berikutan usaha untuk menyerahkan saman permohonan cerai secara baik kepada suaminya gagal.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya semua sudah selesai. Saya berasa lega kerana selepas beberapa bulan saya berdepan dengan masalah ini. Saya mengalirkan air mata ketika keputusan dibuat tadi. Tapi apapun, selepas ini saya tetap akan meneruskan kehidupan baru saya dan anak-anak saya.
“Soal tuntutan akan dibincang kemudian kerana bukan itu yang saya mahukan. Saya mahukan kebebasan, kebahagiaan dan kedamaian,” katanya dengan nada sebak.
Pasangan itu bernikah pada 31 Julai 2009 dan majlis resepsi perkahwinan diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square.
Tiada ulasan
Catat Ulasan