Header Ads

TERKINI

Enot Pasrah Bercerai Kali Kedua



Pelakon dan pelawak, Enot mengakui sedia meneruskan hidup tanpa suami setelah nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 42, di Pejabat Agama Kajang pada awal Mac lalu.

Langkah ini diambil setelah menyedari pelbagai langkah yang diambil sejak beberapa lama untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tidak membuahkan hasil. "Ini sahaja jalan yang ada bagi menyelesaikan masalah kami suami isteri. Saya harap dapat meneruskan kehidupan macam biasa selepas ini dan ingin bina hidup baru bersama anak-anak.

"Hidup mesti diteruskan. Cuma saya tidak boleh menceritakan punca hubungan kami retak," ujar Enot kepada mStar Online. Menyentuh kes perceraiannya, Enot menjelaskan proses cerai masih berlangsung memandangkan suaminya, Zainul telah menghilangkan diri sejak sebulan lalu dan sudah dua kali gagal hadir ke mahkamah.

Ini adalah perkahwinan kedua Enot selepas bercerai pada 2006 dan dikurniakan dua anak iaitu Andriana Balqis, 12, dan Ariana Qaseh Qistina, 6, daripada perkahwinan terdahulunya. LINK SOURCE http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/enot-pasrah-bercerai-kali-kedua-1.148200

Tiada ulasan