Khamis, Januari 03, 2013
Zarina Anjoulie ditahan memiliki dadah
Berita sumber dari BH
Petaling Jaya: Pelakon dan model, Zarina Anjoulie dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Pelakon drama Anak Pontianak itu atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, kedua-duanya 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.
Zarina memakai baju-T kelabu dan seluar panjang merah jambu dan rakan nya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, didakwa memiliki dua pil disyaki Eramin 5 seberat 0.6 gram di Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, jam 5.30 petang 30 Disember lalu.
Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, tetapi kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Haijan Omar memohon dikurangkan dengan alasan tidak mampu kerana masih belajar di sebuah kolej swasta.
Nazri membenarkan Zarina dan Fakhruzaim diikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin dari kalangan ahli keluarga dan menetapkan sebutan kes 8 Februari ini.
Setakat jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga pelakon itu tampil membayar ikat jamin menyebabkannya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang, manakala Fakhruzaim dibebaskan selepas jaminan dikemukakan abangnya.
Kelmarin, media melaporkan seorang pelakon dan model wanita bersama teman lelakinya ditahan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kerana memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan