Sabtu, September 12, 2009
Suami Anita Sarawak ditetak penyamun
sumber
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Suami biduanita, Anita Sarawak, Mahathir Abdullah, cedera di kepala dan tangan akibat ditetak dengan parang panjang dalam kejadian samun ketika hendak ke majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), semalam.
Dalam kejadian di hadapan rumah ibu tiri Anita, Datin Umi Kalsum di Taman Melawati di sini, kira-kira jam 5.30 petang itu, Mahathir bergelut dan sempat mencekak leher seorang perompak terbabit sebelum terkena parang yang dilibas rakan penyamun terbabit.
Menceritakan saat cemas itu, Anita, 56, berkata sebelum kejadian, beliau dan suami serta pemandunya menunggu Umi
Kalsum di hadapan rumah ibu tirinya itu untuk berbuka puasa bersama di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang.
"Saya dan suami di dalam kereta, manakala pemandu di luar pagar untuk memanggil mummy (Umi Kalsum). Tiba-tiba empat lelaki bermotosikal menghampiri kereta kami dan seorang daripadanya menghunuskan parang ke arah pemandu.
"Perompak terbabit kemudian mengarahkan pemandu saya membuka bonet belakang, mungkin untuk mencari barangan berharga. Kami memang tidak menyedari kejadian itu sehinggalah bonet belakang dibuka.
"Menyedari ada yang tidak kena, Mahathir keluar memeriksa keadaan sebelum bergelut dengan seorang perompak terbabit," katanya kepada pemberita di Pusat Perubatan Prince Court di sini.
Anita berkata, walaupun cedera, Mahathir tetap melawan dengan mengacukan kipas lipat miliknya yang disangka pistol oleh perompak terbabit.
"Saya kemudian membuka pintu kereta dan cuba meleraikan pergelutan itu serta merayu perompak terbabit supaya tidak mencederakan Mahathir dengan menjerit `adik jangan'. Sebaik melihat muka saya, seorang perompak terbabit tergamam dan mengarahkan rakannya beredar.
"Kemudian saya keluar dari kereta dan baru saya perasan kepala Mahathir berdarah dan terus mengarahkan pemandu membawanya ke hospital berhampiran," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Akibat libasan parang itu, Mahathir mengalami luka lapan sentimeter di bahagian belakang kepalanya dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan.
Mahathir yang ditemui pemberita selepas menerima rawatan, berkata ketika itu beliau hanya berfikir untuk menyelamatkan isteri dan pemandunya.
"Mujurlah, mummy tidak keluar rumah lagi ketika itu. Kalau tidak, saya tidak tahulah apa yang akan berlaku," katanya.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
alamak,takde cerita terbaru ke?dah lama tuuu...
BalasPadam