Rabu, Mac 18, 2009

Yatt bernikah 29 mac



Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

AMPANG: Model, pengacara dan pelakon muda, Haryati Hamzah atau Yatt,28, berdebar menunggu saat menjadi isteri kepada pasangannya, seorangpengurus di Sports Planet, Ampang, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 28, atauTalib.

Selepas lebih setahun mengikat tali pertunangan, merekaakan diijabkabulkan pada 29 Mac ini di rumah keluarga Yatt di Seremban2, Negeri Sembilan.




Majlis persandingan berkonsep moden,kontemporari dan tradisional serta bertemakan ¡®Cinta Kami¡¯ kedua-duabelah pihak akan berlangsung di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajayapada 4 April.

Yatt yang pernah berlakon dalam drama KaberHero Kaber Zero, Bella dan filem Impak Maksima, berkata sepertipasangan lain, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar selagimajlis itu belum selesai.

¡°Kami doakan semoga semuanya berjalan lancar seperti direncanakan.Saya mengambil tempoh lebih setahun untuk membuat persiapan dan cutisebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

¡°Setakat ini, persiapan sudah siap 80 peratus seperti baju, pelamindan kad undangan yang ditaja rakan baik,¡± katanya ketika ditemui padasidang media di Butik Lynda Rahim, Taman Dagang di sini, semalam,selaku perancang majlis bersejarah mereka.

Ditanya mengenaimajlis perkahwinan itu akan berlangsung secara besar-besaran keranaditaja pelbagai pihak, Yatt berkata, dia mengimpikan majlis perkahwinansederhana tetapi meriah.

Sebenarnya, kata pelakon itu, dia danTalib memang merancang majlis perkahwinan sederhana tetapi tidak dapatmenolak apabila ramai pihak, terutama rakan baik mahu menjadi penaja.

'Kami cuma mengundang 1,500 tetamu membabitkan keluarga kedua-dua pihak pada majlis persandingan nanti,' katanya.

Yatt berkata, dia dan Talib sepakat memilih mas kahwin RM80.80 sen kerana mereka dilahirkan pada tahun sama iaitu pada 1980.





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

4 ulasan:

  1. secare jujur,diorg memang x padan

    BalasPadam
  2. walaupun x padan, tapi hati dan perasaan yang menyatukan mereka berdua...ketahuilah bahawa Allah tidak memandang kepada rupawan ataupun kekayaan, tetapi hati dan keikhlasan seseorang itu..Apa gunanya dikurniakan wajah yang kacak, tetapi perangai mcm setan..

    BalasPadam
  3. hehehehe...btol2,aq sokong anonymous atas niyh!!!bodo nye bocor_burger!!!

    BalasPadam
  4. yatt cantik n tunang die biase2 je..mmg cinta leh satu kan dorang..tp pas kawen nnti hope laki tu leh didik yatt jgn sexy2 lg..suami pon tanggung dosa gak kalo x tego..

    BalasPadam