Jumaat, Mac 20, 2009
Diana Danielle ke PLKN
KUALA LUMPUR 19 Mac – Pelakon Diana Danielle menangis sewaktu ibunya menghantarnya ke stesen bas Bukit Jalil bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang yang bermula hari ini.
Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, anaknya itu tidak dapat menahan sebak lalu menangis kerana terpaksa berpisah dengannya selama hampir tiga bulan bagi mengikuti latihan di kem tersebut.
‘‘Sebelum ini Diana berjanji tidak mahu menangis. Kalau menangis pun dia kata, dia tidak mahu tunjukkan kepada orang lain. Tetapi petang tadi saya lihat dua kali dia sebak daripada nada suara dan air mukanya yang sugul.
“Saya tahu dia menangis kerana ini kali pertama berpisah terlalu lama dengan saya. Sebelum ini, paling lama pun dua hari iaitu ketika dia pergi berkhemah di Taman Negara, Pahang tahun lalu,” kata Norsiah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pelakon berusia 18 tahun ini terpilih menyertai PLKN kali ini selepas terpaksa menangguhkannya pada sesi pengambilan Disember tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon dalam filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.
Jelas Norsiah, Diana tidak berniat enggan menyertai PLKN pada Disember lalu kerana anaknya itu telah terlebih dahulu menandatangani kontrak berlakon filem itu pada bulan Ogos.
“Dia terpaksa menjalani penggambaran filem itu selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sedangkan dia terpilih menyertai PLKN selepas itu iaitu pada Disember tahun lalu.
“Disebabkan pertindihan waktu, Pengurus Produksi filem Kecoh Betul, Hasni telah berjumpa dengan pegawai PLKN untuk berbincang bagi mendapatkan kebenaran penangguhan Diana daripada menyertai kem itu.
“Diana terpaksa membayar ganti rugi kalau dia tidak dapat menjalani penggambaran Kecoh Betul yang memang sudah lama dirancang. Syukurlah masalah itu sudah selesai dan akhirnya anak saya dapat juga menyertai PLKN,” jelasnya.
Kes penangguhan Diana menyertai PLKN Disember lalu mencetuskan berita sensasi kerana difahamkan Diana merupakan artis remaja pertama terpilih menyertai kem latihan itu.
Tambah Norsiah, penyertaan Diana itu secara tidak langsung turut membuktikan anaknya bukan sengaja mahu mengingkari arahan kerajaan, sebaliknya ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
buat elok2 plkn...
BalasPadamjangan nk kuar nnti msk penjara plak...
huhuhhuahuah
apsal nak masuk penjare lak?
BalasPadambes kalau dapat satu plkn dengan dia.
BalasPadamleh skodeng
..Bagus ler hang pi PLKN..
BalasPadamKAn nanti b/f kau x leh nak timbuk kau lagi ..eehhhehehehehheheee....
karang bengkak cam dulu...........
xde koleksi artis yg bru ke??
BalasPadamdh nk ujung bln 3 ni..
update lh..
huhuhu
BalasPadambgos pon dye g kem 2...
Eeee mmg layak pon!!!
eleh msnje siot...kne jentik sket cam kne tumbk smpai lebam..pastu nk nk gi plkn 3 bln pon nk nangis cam pe..bkn nye ari mgu xleh jmpe mak..dtg le tiap2 mgu pon..aku dulu duk hostel 1 thn xlik sbb nk spm..mak ayah pon lgsg xdtg..aku ok je...x sia2 aku wa cmtu sbb spm dpt cemerlang.....
BalasPadamdiana takut hitam kot...bila g plkn..
BalasPadamdia tak kejer ni sape bayar dia punya kete bmw tue ha..bmw ker?
dah tak dapat offer berlakon nak nyanyi suara tue sedap ker ptutla kena tipu.. bila dia ckp pun suara kelakar coz lidah pendek..cantik jer x guna..tp perangai haprak..
tahniahlah kepada diana sbb dapat menyertai plkn . jgn lah sedih terpaksa berpisah ngan ibu , sbb bkn nya lam pun 3 blan ja bah tu . semoga diana terus gemilang dlm layar perak o.k
BalasPadamMenyampah betul aku dengan perempuan nie!!!!!Semua lelaki dia nak peluk,tak kira suami orang atau pun balak orang.Berlakon punyalah over.Muka cantik tapi.....menyampahj arggggHHHHH dengan perempua gedixxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
BalasPadamni!!!!!!!!!!!!!!