Jumaat, Januari 09, 2009

Siti, Datuk K mahu saman

Siti, Datuk K mahu saman penyebar fitnah cerai
Oleh Farihad Shalla Mahmud
www.bharian.com.my



KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dan gosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.


Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.

"Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita semalam.

Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti.

Terbaru, gosip tersebar luas di internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan.

Khalid berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu.

"Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat.

"Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas ini tersebar," katanya.

Khalid berkata, pernah satu ketika kerana terlalu tertekan dengan gosip, hampir saja beliau menyuruh Siti meninggalkan nyanyian.

"Saya faham apabila berkahwin dengan Siti secara tidak langsung saya terdedah dengan gosip tapi apabila didiamkan, semakin menjadi-jadi," katanya.

Sementara itu, Siti mengaku terkilan rumah tangga mereka sering digosipkan.

"Siti ingin diamkan perkara ini kerana sebagai selebriti, ia adalah asam garam. Namun Siti memahami perasaan suami. Sebagai ahli perniagaan, gosip seperti ini menjejaskan reputasinya," katanya.





Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


7 ulasan:

  1. Siti Nak Saman Orang yang buat fitnah tue.. tp susah arr..


    www.fiq-life.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sabo je le siti.. saya bkn peminat awak.. tp baik siasat ape yg berlaku di sekeliling famili awak.. ape pon awak bertuah kerana rezeki melimpah ruah...tabah hati ok!

    BalasPadam
  3. sabar yer..dorang sume ni xder keje lain suka busy body

    BalasPadam
  4. Kahkahkahkah...hahahahaha...heheheheheheh...wkakakakakakak

    BalasPadam
  5. saman trafik pun x byr2..ade hati nak saman org lain...ces

    BalasPadam
  6. ct wajar unuk menegakkan keadilan untuk rumahtangga dier.tp baik sabar je untuk menunjukkan ct xpeduli dgn apa org buat.

    BalasPadam
  7. saman jer..polis boleh detect penulis blog tu

    BalasPadam