Header Ads

TERKINI

Norman dan Memey Tak ngaku salah


Kes khalwat: Norman - Memey mengaku tidak bersalah
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR : Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hariini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu diMahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Hakim syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktoritu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunaisetiap seorang yang perlu dibayar hari ini.



"Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamindan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduhhendaklah terdiri daripada kakitangan awam.

"Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.

"Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorangpenjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen TatacaraJenayah Syariah Selangor 2003.

"Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan,pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini," kata Wan Mahyudin.

Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi.

Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66 dan dua orang abangnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.

Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang, Selangorsekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

4 ulasan

Tanpa Nama berkata...

babun punye norman!

Tanpa Nama berkata...

siot tol lar norman....! abby cket punyer cantek.. nak cari betina kaen lagi.. tak cukup satu ke? kot yew pom, cakap r leklok ngan abby.. yg ko tue nak pucuk laen>> apaada...!!

Tanpa Nama berkata...

maaflah berkt kasar ngn anda memey ..kita ni kan sbgi permpuan hrs pandi jg diri bah.. bkn kah perkara itu blh di elakkan klu anda fikir ngn baik ... sblm terjd hrs fikir bhwa norman tu suami orang n dia dah ada isteri , anak so hrs pndi bw diri.tapi apa blh wat kan perkara dah nak jd n itu semua dah takdir dr Tuhan Yang Maha Esa .. klu blh jgn di ulangi keslhan ug lalu o.k ...

Tanpa Nama berkata...

bangang punyer betine