Header Ads

TERKINI

Abby n Norman bercerai juga akhirnya


Moga Abby tabah dengan kehidupan yang mendatang dan Norman juga tidak melupakan tanggungjawab dan nafkah kepada anak-anak selepas sahaja mereka hidup berasingan selepas ini

Khamis Disember 18, 2008
Abby dan Norman bercerai lagi dengan talak satu
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN

Pasangan Abby Abadi-Norman Hakim akhirnya bercerai.
[SEMASA] KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan hakim Wan Mahyuddin Muhamad.


Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.

Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.

Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.

Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.


Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.


Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.


Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.


Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap


Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.


Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


6 ulasan

Tanpa Nama berkata...

selebriti tahun ni yg bercerai
dah beratus2
sampai x boleh nak bilang ngan jari
kalau x dek anak x pe
tapi ni dah ada anak
dia org pkir x dia orang punya anak tu
maaf kalau lancang tapi
itu yg saya fikir sekarang ni
org biasa pun ada
bukan artis je

Tanpa Nama berkata...

bila da kawen gan si memey tu esk
conform cerai..
jom doa n tggu..

Tanpa Nama berkata...

Piraah c norman botak ni..akal kt mana? dpt isteri yg baik tidak dihargai dpt anak2 yg cute tidak disayangi.Klau betullah c botak ni isteri dan ayah yg baik tentulah tiada 'tangkap khalwat' terjadi.tiada org nak sabataj u ngan memek tu..mmg dasar 'ketulahan' kerna tidak jujur..padan muka..

Tanpa Nama berkata...

bORING....X MINATT

Tanpa Nama berkata...

xpe i mnat i harp abby tabah

Siti berkata...

byk betul dugaan..sabar je la