Jumaat, November 07, 2008

Norman pasrah jika berpisah




‘Saya pasrah andai berpisah’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang ditemui selepas menunaikan solat Hajat dan Istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan di sini, malam tadi.

Katanya, lebih baik dia mengambil sikap bertenang sekarang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.



Ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak pegawai polis dalam drama Gerak Khas itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh.

Ditanya perasaannya terhadap isteri dan anak, kata Norman, dia masih menyayangi keluarganya dan berharap rumah tangganya dapat dipertahankan.


Malah, menurutnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk tetap membayar bil elektrik dan air serta membiayai persekolahan anak.

“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti...bersatu atau berpisah.

“Kebajikan mereka tidak akan terabai. Siapa yang tak sayangkan anak. Kali terakhir saya berjumpa dengan mereka ketika majlis cukur jambul anak bongsu saya selepas hari raya lalu,” katanya.

Dia juga tidak mahu mengulas panjang isu rumah tangganya bersama Abby kerana boleh menjadi ruang perbalahan dan tiada jalan penyelesaian.

“Saya nak cari jalan penyelesaian...saya perlukan ruang untuk cari petunjuk arah bagi selesaikannya.

“Berikan saya ruang...biarlah saya cari jalan penyelesaian terlebih dulu sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya.

Norman ternyata tidak mengetahui bila dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.

Bagaimanapun, baginya, apa yang penting kawan dan ahli keluarga tetap memberi sokongan.

“Saya tidak boleh salahkan sesiapa sama ada berkaitan kes khalwat atau masalah rumah tangga. Perkara sudah terjadi...saya perlu pertahankan diri saya.

“Apatah lagi isteri saya dalam keadaan emosi yang menebal, biarlah dia reda dulu...dalam keadaan pelbagai spekulasi dan andaian, saya nampak ia bukan platform untuk berbalas kenyataan kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya memohon kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan rumah tangga kami...apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa,” katanya yang lega dapat melakukan solat hajat dan Istikarah bagi memperoleh petunjuk untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.

Norman berkata, dia memohon petunjuk kerana jika jalan terbaik ke arah penyelesaian itu ialah berpisah, dia bersedia menerimanya.

Dia seterusnya menafikan sudah mengahwini Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Perkara itu turut disahkan abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44, dan sepupu Norman, Razin Abdul Razak, 43, yang turut berada di masjid berkenaan.

“Saya belum mengahwini Memey, itu semua spekulasi dan saya tak pernah kahwin dan tak pernah hantar borang nikah. Segala-galanya tidak benar.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti akan bangkitkan gelodak emosi daripada pihak Abby,” katanya yang terkejut dengan kehadiran media di masjid itu.

Norman yang memakai baju Melayu putih dan berkain pelekat kelihatan tenang ketika menjawab soalan diajukan wartawan.

“Saya tidak sangka media akan datang ke sini...nanti apa pula anggapan masyarakat terhadap saya, sampai sembahyang pun nak panggil media,” katanya.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


34 ulasan:

  1. ikhlas ke tu...dlm ati yes.yes.yes

    BalasPadam
  2. ek eleh mamat ni..tunjuk baik lak.ni slh 1 strategi nk tnjk dh insaf n mntk simpati..dh la oi norman..dh letih ngan statement penipu n lakonan ko 2..

    BalasPadam
  3. Kalo dh sanggup tinggal bini dan anak2 yg masih kecik tanpa nafkah..mmg bkn manusia lagi name nye..so harsh..!!! kejam dlm diam..2 la norman hakim..sanggup buat pe sj tuk mntk simpati..

    BalasPadam
  4. tinggal anak bini kat umah pastu gi mantat ngan betine sundal...bodoh + sengal + bangang + zalim + setan...= norman hakim

    BalasPadam
  5. InsyaAllah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. Banyakkan bersabar & bertawakal..

    BalasPadam
  6. Once...boleh dimaafkan lagi...Tp kalo dah twice??? Perlu dimaafkan lg ker...Seorang pelakon yg memg pandai berlakon...Realiti show nih...Hebatt!!!!

    BalasPadam
  7. air mata laki buleh caya ke? ada hati perut ker? bini baru abis pantang. dh tua, anak2 benci baru padan muka!

    BalasPadam
  8. bila tgk MELODI td apa yg aku nampak dgn ape yg blaku abby mmg seorg yg tabah & air muka dia, nampak kasih sayang dia pd norman. kalau org lain blum tentu stakat mcm tu.. tp norman nii air muka dia mmg nampak dia ni x jujur dlm rumah tangga..insaf2 la.
    abby adalah jodoh nyg tbaik utk dia. dia ptt hargai
    kalau dia tinggalkan abby sbb pompuanlain,, mmg tak slamat la idup & masa dpn dia

    BalasPadam
  9. terima kasih semua kerana memberi semagat hidup pada abby dan anak. thanks

    BalasPadam
  10. aku tgk dkm melodi..meluat tgk jantan norman hakim 2..korang nmpak x y die nangia cam buat2 je..klaka btl2 x ikhlas tau..nmpak cam b`lakon je..kalo korang tgk byk kali leh nmpk..lain cam abby..nmpk ikhlas n kasih syg..

    BalasPadam
  11. sedap kee memey 2 normann...masih baru katakan yee..?>>tunggu laa kalau dah LOBOSS nanti kau carik laa pulak pempuan laiinn..go!go!go!! kesian abby...baru jee abis pantang dah kau buat die mcm 2..mane lah kau punya tanggungjawab..aku tenggok dlm melodi kau pandai belakon menaggis ehh...aku nak undi kau jadi pelakon terbaik 2008..tp kau ade tercalon kee..??comfirm kau menang punyee......

    BalasPadam
  12. norman2....time bini tgh pantang pon bole buat hal. Jaga ler sket ati bini yg baru je bersusah payah lahirkan anak ko, zuriat ko.
    camner ler bole balek sampai kol 2 pagi time2 bini still pantang?
    Bini tgh pantang, pepandai ler balek umah tengok kan anak2.
    keje pon keje jugak tapi family should be the first priority.

    BalasPadam
  13. Kak Abby...! sabar ok jagalah 3 amanah yg tlh diberikan...

    abg norman..! kenapa mesti mungkir janji dgn amanah yg untuk menjaga isteri & anak2?...kesian mereka...

    BalasPadam
  14. norman..norman..abby tu dah punya lawa ko masih menggatal lagi. Pada aku la baik abby daripada memey..bese lerr..dah cinta mesti la kan jd buta..

    BalasPadam
  15. palak boot kauya norman...ko ingat muka ko tu hensem sangat ker...alaa...kalo...tuhan cabut kelelakian ko baru ko tahu,,,bini baru je beranak dah nak menggatal...hanjing....

    BalasPadam
  16. nympah tol ak tgk mke norman 2!!ak mmg pantang btl kalo laki xstia,nk2 kalo dh de bini...dsar laki mta keranjang!!!yg memey 2 1,dh abeh ke lki kt dnia ni yg nk kaco lki org 2??!!

    BalasPadam
  17. padan muka dah buat sangat pandailah tanggung.

    BalasPadam
  18. eh norman..ko ngaku je la slh ko...tak pyh la nak ckp dianiaya..tu balasan tuhan tu.ko tak malu ke..aku rs ko ni mcm takda maruah je..nmpak je muka baik..tapi......aku ykin laa..1 hari ko mesti nyesal...time 2 dah tak bole wtpe dah...kite tg laa sama2 zaman kejatuhan norman hakim tu...

    BalasPadam
  19. nak buat camana dah dia usha aku, aku on je...hensem what abg norman.. ;)

    BalasPadam
  20. nak buat camana dah dia usha aku,aku on je la..hensem what abg norman.. ;)

    BalasPadam
  21. pergi mati lah norman hakim dan memey sundal..

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum.dulu aku suka jugak dengan norman ni tapi sekarang naik meluat pulak sebab x habis2 kisah dia dengan pompuan lain.nk cakap dia cari pompuan cantik, abby dah cukup cantik dah...klu pasal sikap2 abby aku x tau la but kenapa msti sampai ke tahap sekarang ni? mentang2 la sekarang dia tengah meletup, banyak tawaran berlakon so nak cari teman yang baru pulak.yang jadi kemusykilan kenapa mesti nak buat meeting pukul 2 pg? buat time siang x boleh ke? busy sgt ke? memey pun ngada2 la...baru jadi berlakon dah buat kontroversi.agaknya memang dah lama buat hubungan sulit baru sekarang pekung terbuka.nasib ko la norman...dah elok2 ada famili yang baik buat hal pulak ko...

    BalasPadam
  23. nak berbini biar la jujur. sakit jike dipermainkan..laki ape tau.

    BalasPadam
  24. pandai2 tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jua.
    bende tak baik org akan tahu juga, memey kalu tak salah nape takut.tunjukkkan diri la

    BalasPadam
  25. asskom...wat abg norman,bwk2 la insaf..hidup nie xlamer..klow tuhan nak tarik apa yg Dia bg tu,skelip mata jerr..xkesian ke wat kak abby cam tu..dia susuh payah lahirkan anak2 abg norman..hati pompuan maner yg tak ancuss klow laki dye bt cam tu..bg sy,kak abby tu dah sbr gilerr tau..a very tough n strong women..in this world,mmg arr xade yg perfect,tp hidup kita nie melatih diri utk cuba jd yg terbaik n sesempurna yg mingkin..abg norman pk la baik2..ksian kak abby..klow sy yg dok kt tmpt kak abby tu,ckup la sekali sy kena.......ap2 pun abg norman cari la keputusan yg bijak dlm idup abg norman..........

    BalasPadam
  26. ko xksian k tgk bini ko tu..sume bnd die kne urskn..ko kluar sne kluar sni,tgglkn bini ko..klo ak jd bini ko mmg ak tgglkn ko

    BalasPadam
  27. Kalau aku macam abby aku tak akan bercerai atau give up. Biarlah si memey (itu nama kucing aku )jadi bini nombor 2 hanya untuk melepaskan nafsu norman je.. cayalah... Bini nombor satu juga yang best. Abby jangan cerai ye..bukan ape...memey tu spare je...

    BalasPadam
  28. Setuju sangat2. Jangan berpisah. Both of you have beautiful children and who cares the world is round. Lelaki memang begitu, tapi akhirnya isteri pertama juga yang best. Allah benci penceraian dan malaknat orang yang memutuskan siratullrahim. Salah satu sebab tidak dapat masuk syurga ialah memutuskan siratullrahim sesama insan. Memei kau nak ke neraka ke?

    BalasPadam
  29. kote busuk n murah by bini koqcak

    BalasPadam
  30. abby pn same menggatal......cinta 4 segi yg jijiq....!!!!uweeeekkk.......hahahaha...



    memey = norman




    abby = zul


    BENGAP!!!


    Kaki kat tengkuk ngok!!!

    BalasPadam
  31. tah lar.. norman bodo.. dapat abby yg comey, cari jugak memey sundal 2...

    BalasPadam
  32. jom le kita klik
    http://www.kliks.my/kamal/

    BalasPadam