Header Ads

TERKINI

Fahrin ahmad ada teman baru?







klik berita penuh untuk lebih banyak gambar
Sumber: Bintang Popular

CINTA 'teman tapi mesra' antara Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini tersimpan dalam lipatan sejarah. Betul kata pepatah, kumbang bukanseekor, bunga bukan sekuntum apabila Fahrin kini tidak lagi keseorangan apabila dia kini dikatakan sudah ada kekasih baru. Gosip terbaru yang diperoleh mengatakan Fahrin kini sering dilihat bersama aktres remaja,Scha yang bakal muncul dengan filem pertamanya, Antoo Fighter dan drama bersiri lakonannya, Awan Dania pula disiarkan menerusi Astro Ria.



Terbaru, Fahrin dan Scha dilihat datang beriringan ke MajlisRumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP),baru-baru ini, apabila Zubir sendiri menjemput mereka di lobi hotel.Apabila pasangan dua sejoli itu melintas di depan rakan artis, merekasekadar melemparkan senyuman apabila diusik.

Di satu sudut, Zubir sempat bertanya Fahrin sejauh manaperhubungannya dengan Scha. “Kami perlukan masa dalam perhubungan ini,sama seperti pasangan lain. Cuma saya tidak mahu lagi melabelperhubungan saya dan Scha sebagai ‘teman tapi mesra’. Kali ini saya takmahu berselindung, kami berpijak di bumi nyata.”
Zubir pula tidak berapa mengenali Scha secaraperibadi, tapi apa yang Zubir maklum, Scha sebelum ini tidak pernahdikaitkan menjalin hubungan serius dengan sesiapa. Justeru, Fahrin danScha dipertemukan dalam masa, tempat dan situasi yang sesuai!
“Saya selesa berkawan dengan Fahrin. Kini, saya sedang mengenalidirinya. Kami mula rapat ketika sama-sama berlakon drama Lemas DalamCinta. Kami berkawan dan lama-kelamaan nampaknya ada keserasian antarakami. Jadi, berilah kami masa,” kata Scha berterus-terang ketikaditemui sebelum majlis berakhir.

Zubir doakan apa yang direncana Fahrin dan Scha menjadikenyataan suatu hari nanti. Cuma satu pesanan Zubir, kalau dah terbitkeserasian, jangan tunggu lama-lama Fahrin. Scha tu cantik, comel!Jangan sampai dikebas orang!

Gambar Scha yang lain. Cute kan?









Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


20 ulasan

Tanpa Nama berkata...

haha...dgn dania ke...eheh...scha la...
ok jugak girl ni cute sgt...
bru padan

Tanpa Nama berkata...

ala boring r cite psl fahrin ngan cinta die..kalo nk kawen je r..mekuat dah..jap2 ngan pmpuan ni ..pas2 ngan betine lain lak..

Tanpa Nama berkata...

wahh muka dia ni ada iras bunga cinta lestari arr sikit je lah.tapi ok lah sesama mudah pe..dari linda cam kakak dgn adik je.
tahniah fahrin.

Tanpa Nama berkata...

ishh lawa seh ..cam iras bunga cinta lestari lah.tahniah fahrin.

Tanpa Nama berkata...

dah lama aku perasan yg muka scha mcm bunga cnta lestari.Memang cute...cuma yg ni hdung dia ada lain ckit arr..

Tanpa Nama berkata...

boringgggg......mls nak ambik tau...

Tanpa Nama berkata...

ckit2 psl fahrin dgn cinta monyet die tu..
lps ni, klau org tny, jwb lg teman tp mesra..
muak dh aku dgr!!
bile dh pish, mula la kata x de jodoh..
dunia artis ni mmg kacau bilau!!

Tanpa Nama berkata...

scha udoh sepang koong!!!jubo lembu muka!!!

Tanpa Nama berkata...

babi macam 2 pun ada menyampah aku tengok!!macm jambam tak siap 2 cntik?!!wat a jerk!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ehh ok aper..kawin la fahrin best aper..

Tanpa Nama berkata...

bru cun ckit tgk diorg ni..sweet jer..fahrin 2 encem,scha lak cute..mmg pdn..lgpun ak mmg xske kalo linda ngn fahrin..nmpk HODOH..linda 2 pn bkn cntik sgt,mmg xssuai kalo fahrin 2 ngn die..!ak bnci LINDA!!

Tanpa Nama berkata...

biarlah die nak cinta ngan sapa2 pun. ni skit2 dekat je dah jadi gossip. apalah.

ellina berkata...

Assalamualaikum.ala...fahrin ni yang lebih2 nak komen pasal hubungan dia dengan linda onn dulu.linda x komen apa2 pun.bagi statement mcm dia insan yang teraniaya la...poyo...

Tanpa Nama berkata...

kawen ngan aku je la fahrin, apa yang linda n scha ade, aku ada gak.lagi best

Tanpa Nama berkata...

yeke?ko ade lg best ek?bagi ka je la..fahrin da dpt..hahahaha!jz kidding..

Tanpa Nama berkata...

BORINGGGGGGGGGGGGGGGG

Tanpa Nama berkata...

bgus jgk fahrin tu dh x dgn linda onn. menymph....

Tanpa Nama berkata...

kalu boring xpyh la post comment dol... bengap tul la, tapi sweet jek couple ni kan... dgn LO mmg xserasi, setakat mesra jek la....

Tanpa Nama berkata...

kawen jer la jgn tnggu lama2....

kisah hati berkata...

dah tahun 2012 ni fahrinn...
"sudikah encik nikahi saya..."
hehe...