Isnin, November 03, 2008

Aziz M Osman bercerai


Aziz berasa ditipu

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Bukan salah dia. Dia tertipu...” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.




Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai.

“Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.

Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.
Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana kecewa dan berasa ditipu.

“Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar.

“Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah,” katanya.

Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz bertemu jodoh lebih baik pada masa depan.

“Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia tetapi belum kesampaian,” katanya.

Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.

Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu.

Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.






Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

10 ulasan:

  1. Ni lagi satu hal...kenapa ler tak selesaikan elok2..kalau dah tak suka cerai saja..jangan macam lelaki dayus...tak mau ambil peduli...carilah jalan penyelesaian..ni rasa tertipu ler..apa ler..iskh perkara kecik sibuk nak hebohkan...bila nak kawin semua elok pada pasangan tu tapi bila nampak cacat celacanya mula cari kesilapan...

    Ni dah isteri yang keberapa? tu pun macam budak2 lagi ...hai inilah dunia artis...semuanya nak masuk paper...adakah patut?

    BalasPadam
  2. yang kau sibuk2 mengutuk tu patut ke?kau tau ke masalah sebenarnya hukum hakam laki bini ni?..ni lah sesetengah manusia,pandai sangat menghukum.

    BalasPadam
  3. Hey tolong sikit ya kita bukan mengutuk...aku tau ler masalah rumahtangga ni..jangan sedap cakap saja...aku dah kawin dah masuk 30 tahun so macam-macam dah aku tempuhi kalau ada masalah selesaikan ler jangan lepas tangan.

    Yang engko marah apa sal pula ko dah merasa ker semua tu. N dah berapa lama dah kawin?

    BalasPadam
  4. Ko ke aku yang marah?ish2..

    BalasPadam
  5. yg mula2 tu yang bengong...

    cakap macam bagus...

    macam diri tu betul sangat...

    ko kutuk nanti ko dapat balik...

    ahhaha

    BalasPadam
  6. lain kali kalau nak gaduh pun pakai le nama lain...ni semuanya anonymous. susah aku nak kenal...pening betullah...

    aku pun sama gak...he..he..

    BalasPadam
  7. ha...gaduh lagi..aku suke sgt tgk org gduh..lantak laa umah tangga orang..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.pelik tapi benar.adakah penampilan vee semasa berkahwin dengan aziz m.osman benar atau hanya berpura-pura? kenapa bila dah bercerai vee buka tudung dan imej sama seperti sebelum berkahwin? tak boleh teruskan dengan bertudung ke? takut tak dapat tawaran berlakon? tertanya-tanya sebab masih x dapat jawapan yang pasti...

    BalasPadam
  9. vee lawo la... sweet gituu

    BalasPadam
  10. akak minah ni jiran aku dulu...akak die xsetuju mase die nk kawin ngn ajis ni..tp adik die ni degil..pepek da gatai..gile glamor lak tu... last2 kene cerai pdn muke ko...keh3

    BalasPadam