KUALA LUMPUR: Stesen radio milik Rangkaian Radio Media Prima, Hot FM melonjak sebagai stesen Melayu nombor satu dengan purata 275,000 pendengar bagi setiap suku jam mengatasi radio Era dengan 266,000 jumlah pendengar untuk tempoh yang sama.
Bagaimanapun, Era yang berada di bawah pengurusan Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP) kekal sebagai stesen bahasa Melayu nombor satu dengan 4.5 juta pendengar, manakala Hot FM menghampiri pada kedudukan kedua dengan 4.3 juta pendengar.
Kajian terbaru yang dijalankan Nielsen Media Research itu turut memperlihatkan Era mengalami kemerosotan jumlah pendengar sehingga 200,000 berbanding 4.7 juta pendengar pada kajian pertama, Jun lalu.
Kajian itu menunjukkan Hot FM mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen nombor satu bagi lingkungan pendengar berusia bawah 34 tahun dengan 3.04 juta pendengar, mengatasi Era dengan 2.9 juta pendengar.
Siaran pagi Hot FM AM Krew yang ditangani Faizal Ismail dan Fara Fauzana kekal pada kedudukan pertama dengan jumlah pendengar 2.6 juta, manakala Era mengumpul 2.2 juta pendengar.
Hot FM juga melakar sebagai stesen nombor satu untuk pasaran utama secara terkumpul di bandar utama merangkumi Kuala Lumpur/Petaling Jaya, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh.
Selain itu, stesen itu juga mencatat jumlah jangka masa pendengar lebih tinggi berbanding pesaingnya iaitu 10.4 jam mengatasi Era yang mengumpul 9.54 jam.
Mengulas mengenainya, Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataan menyifatkan pencapaian itu sebagai sesuatu luar biasa untuk stesen radio yang baru dua tahun lebih beroperasi.
Katanya, beliau berbangga dengan apa yang mereka peroleh kerana ia membuktikan dedikasi serta komitmen serius petugas Hot FM dan stesen lain di bawah rangkaian Media Prima untuk meningkatkan mutu industri penyiaran radio.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
hot fm ....cayalah...lebih hangat dari pada biasa.....
BalasPadam