Header Ads

TERKINI

AC Mizal Buka Restoran




AC MIZAL, RAKAN KONGSI BUKA RESTORAN
KUALA LUMPUR, 22 SEPT 2008: Selepas bergelar penjual gelang yang berjaya, hos Akademi Fantasia 6 (AF6), AC Mizal kini membuka restorannya sendiri, dikenali Zucchero Cafe.

Memilih Warisan Cityview, Jalan Cheras sebagai lokasi restoran pertamanya itu, AC mengusahakan perniagaan itu bersama 3 lagi rakan kongsinya, Fairuz Razi Zakaria, Alex Liew dan Adam Rahman bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar pengusaha restoran.



Ditemui ketika majlis berbuka puasa sempena perasmian restoran berkenaan, AC berkata, Zucchero (sebutannya Zukiro) menawarkan hidangan bercitarasa tempatan dan juga barat yang sering menjadi pilihan pengunjung.

Bukan sekadar menunya yang ringkas tetapi menarik, malah jelas AC, dia mahu menjadikan restoran itu sebagai tempat berhimpun golongan artis tempatan sama ada untuk menjamu selera ataupun bertukar pendapat.

"Seperti juga perniagaan gelang di mana saya mengajak golongan artis membelinya, restoran ini akan menjadi tempat golongan artis berkumpul yang mana mereka boleh menikmati diskaun menerusi kad VIP. Tempat ini juga akan dijadikan lokasi penggambaran drama malah ramai rakan artis bercadang untuk mengadakan penggambaran di sini.

"Lagipun saya sangat faham dengan kehendak rakan artis kerana saya juga penyanyi, pelakon dan artis seperti mereka. Jadi kepada siapa yang ingin membuat penggambaran di sini, saya memang mengalu-alukan," katanya.

Kata AC, minat untuk membuka restoran miliknya sendiri sudah lama terbuka. Bagaimanapun peluang demi peluang yang dimilikinya selepas menjalankan perniagaan gelang tangan, membuatkannya lebih berani menceburi perniagaan berasaskan makanan.

Menelan belanja keseluruhan sebanyak RM300,000, Zucchero Cafe mampu memuatkan lebih 100 tetamu dalam satu-satu masa dengan waktu operasi dari jam 11 pagi hingga 1 pagi (selepas tengah malam). Katanya, lokasi Zucchero Cafe yang terletak di pinggiran bandaraya Kuala Lumpur dan persekitaran kondominium membuatkan AC bersama rakan kongsinya itu berminat memilih lokasi berkenaan.

Tambahnya, Zucchero yang diambil dari perkataan Itali yang bermaksud gula, turut menawarkan hidangan dari negara Eropah itu seperti Seafood Spaghetti. Bagi mereka yang inginkan menu tempatan, ia turut menyajikan hidangan ala carte seperti Nasi Goreng, Char Kue Teow dan banyak lagi.

Restoran: Zucchero Cafe
Lokasi: Warisan Cityview, Jalan Cheras, Kuala Lumpur
Tel/ faks: 03-928 14233
Waktu operasi: 11 pagi - 1 pagi (selepas tengah malam)

sumber:www.murai.com.my



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

4 ulasan

Tanpa Nama berkata...

bagus la.ada pendapatan lbh.blh tanggung keluarga asal halal.

Tanpa Nama berkata...

haha.. ri2 msuk makamahkes x bg nafkah..kta x der pndapatan coz job der.. duit pn xder.. rstoran leh bkak lak.. ader lak duit..

Tanpa Nama berkata...

salam..oiii org atas..
klu ko x tau cite jgn kata pape...
pepandai ko je..nk kata ac cm gi2..
selidik la dulu...
itu dulu la..masa die pokai..
skunk dh ok..dah bleh tanggung...
cuma kes je still ade...
ape la ko nih...

Tanpa Nama berkata...

tahniah ac. skrg ni rezeki bertmbh tmbh plak.