Konsert Inul Batal Lagi, Penganjur Rugi RM500,000
Penganjur IMS Prima Sdn Bhd bukan sahaja terus menanggung malu malah terpaksa menampung kerugian berjumlah setengah juta ringgit akibat pembatalan konsert Inul Daratista buat kali kedua di Malaysia.
Konsert kali kedua Inul itu dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini selepas selepas konsert pertama Inul Live In JB dibatalkan.
Pengurus Besar IMS, Nasir Abu Bakar, memberitahu murai.com.my petang tadi, mereka mendapat tahu mengenai pembatalan konsert di Bukit Jalil, pagi tadi. Katanya, kertas cadangan ini ditolak oleh Jawatankuasa Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
"Ya, kami malu, sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Kami juga malu untuk berhadapan dengan Inul di atas pembatalan ini. Kami sudah menghubungi Inul di Surabaya untuk memaklumlah pembatalan kedua ini dan Inul nampaknya tenang dan akur walaupun kecewa.
"Pihak kami terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 termasuk kos pengangkutan, logistik dan promosi.
"Saya juga difahamkan oleh pihak DBKL dan polis bahawa konsert ini ditolak atas sebab keselamatan negara dan bukannya personaliti atau persembahan Inul.
PUSPAL diwakili oleh 20 agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe
Tags:
gak papa lah inul, di indonesia juga masih banyak koq yang butuhin goyang ngebor lo! lagian lo juga masih hot dibandingin goyangan2 artis dangdut laen kayak dewi persik de el el. betewe, join di blog gue donk, www.indo-celeb-hotpixt.blogspot.com
BalasPadamBgs r batal...aku sokong..!!! gerudi inul ada unsur lucah...
BalasPadamAlhamduliLLAH! batal lagi konsert Inul!
BalasPadamBagus le batallaggi konsert tu. Selamatlah Malaysia drpd bala tuhan. Akibat maksiat dr golek inul itu.
BalasPadamAlhamdulilah...pihak berkuasa telah ambil tindakan yang bijak dengan menyekat konsert sebegini yang banyak melalaikan manusia dan menggalakkan lagi unsur maksiat pada masa kini...Semoga Malaysia terhindar dari bencana TSUNAMI yang pernah melanda indonesia sebelum ini...JAdikan iktibar kepada semua rakyat malaysia...X rugi pun malaysia kalau artis mcm ni x buat persembahan....kan?
BalasPadambagusla si lucah tu x datang..yg tgk pun bukan melayu sgt..sume puak2 pendatang yg dok nyibuk kat mesia ni..pergi mampus lg baik..da la maksiat makin besepah..lagi nak buat show si inul tu..nak buat kat tempat sendirila..suh orang2 ko balik indon tengok show ko tu...ptuii...
BalasPadambgs pn blah2 lg tambah maksiat lg ade..poyo!!!!!!!!!!!!
BalasPadamtakda yang dapat melawan gerudi maut inul.... bisa meletup gunung merapi olehnya.
BalasPadamkalo x nak bagi masuk jgn laa cancel last minit... buang karen je inul dtg msia....
BalasPadam