Rabu, Jun 25, 2008

Linda dan fahrin Putus sahabat?


Linda tidak pernah buat pengakuan ada bibit cinta antara mereka berdua

SEBELUM ini status hubungan mereka berdua menjadi teka teki pelbagai pihak. Andai ditanya apakah mereka sebenarnya pasangan yang sedang bercinta, pastinya ayat yang akan terpacul dari mulut penyampai radio Era, Linda Onn dan pelakon Fahrin Ahmad adalah kami hanyalah 'teman tapi mesra'.

Dan itulah juga frasa selamat yang akan menjadi perisai setiap kali mereka berdepan dengan pertanyaan seperti itu. Namun apabila 'hubungan' itu dikatakan 'putus di pertengahan jalan' seperti yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, ramai yang kembali tertanya-tanya apakah status sebenar pasangan ini.


Melihat kepada kenyataan si jejaka, ia bagaikan memberi gambaran bahawa mereka memang pasangan bercinta tetapi terpaksa merahsiakannya atas sebab-sebab tertentu. Malah sewaktu ditemubual Hip sebelum ini, Fahrin banyak berkias dan sekali gus menyerahkan peminat untuk menterjemahkan sendiri kenyataan yang diberikannya itu.

Ketika menghubungi Linda sendiri bagi mendapatkan kepastian, jawapan yang diberikan tetap sama iaitu antara mereka tidak pernah wujud perasaan cinta dan mereka berdua juga bukan pasangan kekasih seperti yang ramai sangka. Jelas Linda lagi, sejak awal persahabatan lagi dia tidak pernah membuat sebarang pengakuan kepada mana-mana pihak bahawa lelaki itu adalah teman istimewanya.

Tanpa niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak serta enggan mengelirukan keadaan, Linda menegaskan mungkin takdir sudah tertulis antara dia dan Fahrin memang tiada jodoh.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

4 ulasan:

  1. bagusla Fahrin nganLinda tu dah putus, lagipun Linda tu memang tak sesuai lansung nga Fahrin tu....ramai orang kat luar ni suka sangat Fahrin tu dah takder apa2 ngan Linda tu. Fahrin tu boleh dapat i juta kali pompuan yang lebih baik dari Linda tu, tapi LInda tu susah la nak dapat yang better dari Fahrin tu...........

    BalasPadam
  2. sokong yg atas nih..ak mmg syok nk mampus ngan fahrin..mmg bgs bebenor die xde pape ngan linda off tuh..geram aku..she's always take for granted org sebaik fahrin ni..nk jage reputation konon..smpai dh bkedut esok xkawin2 lg..pdn ngn muke..miahahhaaa...

    BalasPadam
  3. linda nie ntahlaaa tahap pemikiran dia camner..... kalu da berkepit slalu, takkan takde ape2...fahrin pun ntahlaaa camner dia bley tahan sgt dgn si linda tuh smpi sanggup jugak menafikan hubungan dorg pasai nak amik ati si linda.... maybe si linda nie terlalu nak jaga reputasi dia supaya peminat tak lari.... pooorahhh... dr dulu aku mmg da tak ske dgr dia kat radio.. suara sengau semacam.... berlakon pun ntah ape2 tah........

    BalasPadam
  4. ermm xde jodoh la agaknya ni..nk ckp linda onn xbaik ke fahrin kita xkenal secara mendalam.but klau ikut komen dgn press linda mmg look's like mcm apa2 skit fahrin ni yg xbtol..fahrin pulak wt derkk je..linda mmg mcm nk pjng2kan cte..fahrin bt baik tp linda mcm nk xnk je..w'pn dh break up..sian fahrin..why not break up pon ckp bebaik..or xyah buruk2an or ckp2 tempias yg menampakkan kita xbaik dgn org tu dh..ermm sabar jela fahrin..apapon bt fahrin n linda good luck ler ye..mudah2an jmp pasangan yg terbaik bt korg berdua..fahrin klau xjmp calon meh2 i setia tgu u..huehuehue..namo sedih2 ye fahrin..u 2 linda..PEACE!!!

    BalasPadam