Setelah 5 musim akademi fantasia berlayar di kaca TV menggunakan khidmat pengacara Aznil Nawawi, akhirnya pihak astro memilih penyanyi, pelakon, dan hos, AC Mizal sebagai pengacara Akademi fantasia yang ke-6. Apa pandangan anda?. Sertai poll untuk melihat sejauhmana keputusan astro ini mempengaruhi jumlah penonton
AC Mizal pengacara AF6
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
www.bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Spekulasi siapa pengganti Aznil Nawawi untuk mengendalikan musim terbaru program realiti, Akademi Fantasia (AF) terjawab semalam, apabila dua nama terkenal, AC Mizal dan Sarimah Ibrahim dipilih sebagai hos program itu.
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini diberikan tanggungjawab sebagai hos konsert mingguan, manakala Sarimah akan mengendalikan laporan harian, Diari AF.
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, berkata kedua-dua pengacara itu dipilih berdasarkan kemampuan mereka untuk berdepan penonton dan mengendalikan program yang memasuki musim keenam itu.
“Astro yakin mereka berupaya membawa dimensi baru kepada AF, selain mempunyai identiti tersendiri, bersesuaian dengan format program realiti itu.
“Pemilihan mereka berdua juga bakal memperlihatkan penyatuan personaliti, identiti serta kekuatan berdepan pelbagai cabaran sepanjang AF berlangsung,” katanya pada sidang media pengumuman pengacara AF6 yang disiarkan secara langsung menerusi episod istimewa, F ail Sulit Akademi Fantasia dari Pusat Penyiaran Asia (Astro) di sini, petang semalam.
Tanpa menolak pemilihan kedua-dua pengacara itu mempunyai risiko tersendiri, Zainir yakin AC dan Sarimah berkemampuan untuk memberi nafas baru seperti dituntut AF.
Katanya, program itu sendiri mempunyai tarikan yang kuat, justeru mereka memerlukan pengacara yang dapat mengetengahkan nilai yang dikehendaki supaya musim terbaru AF dilihat lebih dinamik pada mata penonton.
“Pemilihan pengacara juga sebenarnya memberikan cabaran yang besar kepada kami. Apa yang kami harapkan ketika ini adalah sokongan semua pihak untuk memastikan AF6 terus berjaya,” katanya.
Sementara itu, AC, 36, mengakui tanggungjawab yang bakal digalasnya terlalu berat apatah lagi AF mempunyai sejarah kecemerlangannya ketika dikendalikan Aznil selama lima musim berturut-turut.
Namun, beliau berharap penonton memberinya peluang untuk mengendalikan program itu dengan cara tersendiri tanpa terikat dengan apa yang pernah dilakukan Aznil.
“Memang saya teringin bergelar hos AF, tetapi saya akui tanggungjawab itu tidak mudah. Saya sendiri takut untuk berdepan dengan harapan tinggi yang diletakkan penonton selain kritikan bakal diterima.
“Pinta saya, berikan kami peluang untuk memberikan yang terbaik. Dengan pengalaman selama 15 tahun dalam industri hiburan, Insya-Allah saya yakin untuk melakukannya,” katanya.
Sarimah, 29, pula berharap penampilan mereka tidak dibandingkan dengan apa yang pernah dilakukan Aznil kerana setiap pengacara mempunyai cara tersendiri.
“Apabila sudah dipilih bermakna pihak produksi yakin dengan kemampuan kami berdua. Berikan kami peluang untuk mencuba dulu dan melakukannya dengan sebaik mungkin,” katanya.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan