Jumaat, Februari 08, 2008

Noraniza Idris bukan janda lagi?


Petikan dari Utusan Malaysia online

Noraniza Idris bukan janda lagi

PUTRAJAYA 6 Feb. - Penyanyi, Noraniza Idris menamatkan spekulasi mengenai kisah cintanya apabila mengesahkan telah berkahwin dengan seorang usahawan, hujung minggu lalu.

Noraniza, 40, dan suaminya yang berusia awal 50-an itu berkahwin dalam satu majlis tertutup di sebuah tempat yang dirahsiakan.

Menurut penyanyi itu, dia membuat keputusan menamatkan zaman janda selepas lebih tiga bulan mengenali suaminya yang berasal dari sebuah negeri di utara tanah air.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan selamat. Harapan saya, perkahwinan ini akan menamatkan segala spekulasi dan gosip mengenai saya selama ini," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Noraniza yang dikenali ramai sebagai pejuang lagu-lagu irama tradisional sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Fareez pada 31 Mac 1988 dan disahkan bercerai pada Mei 2006.

PerkahwinanHasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu, Mohd. Alif Haikal, 19, dan Mohd. Alfeq Haikal, 15.

Menurut Noraniza, hatinya terbuka untuk berkahwin lagi selepas yakin dengan kejujuran dan keikhlasan suaminya.

"Saya juga bersyukur kerana abang (panggilan buat suaminya) juga menerima kehadiran kedua-dua anak saya. Itu sudah cukup membuktikan keikhlasannya," ujar Noraniza yang kini muncul dengan imej bertudung.

Pada pertemuan itu, Noraniza yang ditemani suaminya bagaimanapun enggan membenarkan gambar mereka berdua dirakamkan atas sebab-sebab peribadi.

Biarpun kini muncul dengan imej bertudung, itu tidak menghalang Noraniza untuk terus aktif menyanyi.

"Saya memilih untuk mengubah imej kerana Allah dan selepas mendapat restu daripada suami. Bagaimanapun, itu juga tidak menghalang saya daripada terus aktif menyanyi," kata Noraniza yang kini sibuk merancang konsert solonya di seluruh negara.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


11 ulasan:

  1. NTAHLAAA..DEN TAKDE NAK NGOMEN PASAL MINAH NIEL....

    BalasPadam
  2. Lantak r nk kawen ke ape ke...mmg dasar pmpuan jalang..rampas laki org..artis ni nk kawen datuk je..datuk2 pn sengal cm xde org lain......

    BalasPadam
  3. semoga bhagia selamanya..

    BalasPadam
  4. Penyanyi pujaanku, Niza Idris yang cantik, comel & hebat!

    BalasPadam
  5. SYUKUR...DOAKAN BERKEKALAN SELAMANYA...AMIN

    BalasPadam
  6. cantik dia bertudung...

    BalasPadam
  7. Dgr cite..x tahu ler betul ker tak yg kak Ani nie berkahwin dgn Datuk Mus.Khabarnya Datuk Nie sudah beristeri dan Kak Ani adalah isteri yg Ke-3.Isteri pertama dan Kedua masih belum diceraikan lagi..Datuk Mus skrg tinggal kat Seberang Jaya,Penang.

    BalasPadam
  8. anonymous mane kau tau yg laki dia datuk mus?siap tau datuk mus 2 tggl kat mana lg?asal datuk 2 laki kau ker?x pun kau sakit ati dia kawin noraniza tapi x layan kau ekekeke....

    BalasPadam
  9. isteri2 datuk 2 x kata apa pun bleh terima jer noraniza ni jadi madu asal ngko org sakit ati?klu isteri datuk 2 marah mesti dia pun guna media gak nk malukan noraniza,manala kita tau ntah2 isteri dia bagi kebenaran dia nk kahwin klu x mcm mana datuk 2 bleh lulus surat poligami....

    BalasPadam
  10. klu dulu noraniza ni jalang ke suka cari jantan ke,aku rasa datuk mus 2 mungkin dapat ubah sikap dia,sebab aku percaya kapal x kan karam klu nakhodanya betul,buktinya tengok la skang noraniza dah bertudung atas arahan suami dia,dan noraniza pun hormatkan keluarga suami dia berbanding x husband dia dulu kan... kan... kan....

    BalasPadam
  11. yg mana yg baik kita ikut, yg mana yg buruk kita jauhkan...
    tp for noraniza idris, suara dia mmg unik..tak ada org bleh ganti..klu aku tak melebih2, boleh laa dia dianggap mcm Sudirman, Saleem iklim, jamal abdillah, Francesca peter, rahim Maarof, dsb

    dia antara dewa-dewi suara power n unik..

    BalasPadam