Pengganti Faizal Tahir di AJL 22 diketahui
Fiq & Ajai sah ganti Faizal untuk AJL22
Oleh: Ellyna Ali www.murai.com.my
KUALA LUMPUR, 23 JAN 2008: Teka-teki siapa yang bakal menggantikan Faizal Tahir menerusi lagu Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) yang akanberlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Ahad ini, 27 Januari,nampaknya sudah pun terjawab.
Akhirnya, juara program realiti Mentor musim kedua, Fiq menjadi pilihan penerbit AJL22 untuk menggantikan tempat Faizal bagi membawakan lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan Shah Shamshiri sementara bagi lagu Kasih Tercipta, ia akan didendangkan sendiri oleh komposernya, Ajai.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Fiq dan Ajai kepada murai.com.my sewaktu mereka dihubungi menerusi telefom bimbit masing-masing siang tadi.
"Memang pihak penerbit AJL22 ada menghubungi saya meminta tolong untuk menggantikan tempat Faizal bagi lagu Mahakarya Cinta.Awalnya saya agak terperanjat apabila menerima panggilan itu. Saya tak sangka apabila pihak penerbitan rasa saya layak menggantikan Faizal.
"Sungguhpun begitu, inilah saat serta peluang keemasan yang terbaik untuk saya membalas jasa TV3 yang selama ini telah banyakmenaikkan nama saya dalam bidang seni suara.
"Sebagai kawan kepada Faizal pula, saya akan cuba membantu sedaya upaya. Cuma saya harap pihak media serta peminat Faizal dapat menerima kehadiran saya seadanya nanti.
"Apapun, saya berasa sangat terharu dengan kepercayaan yang diberikan pihak penerbitan AJL22 apabila memilih saya dan menganggap saya adalah calon yang sesuai untuk menyampaikan lagu Mahakarya Cinta. Insya-Allah saya akan berusaha memberikan yang sebaik mungkin dengan cara saya sendiri," kata Fiq.
Sementara itu, Ajai pula berkata, dia tidak berdepan dengan masalah untuk menggantikan Faizal.
"Sebelum ini saya sudah pernah menyanyikan lagu Kasih Tercipta secara langsung. Kalau boleh saya mahu Faizal menyanyikan sendiri lagu ini tetapi nak buat macam mana, kita perlu akur dengan arahan. Saya akan cuba menyanyikan Kasih Tercipta ini dengan sebaik mungkin,' kata Ajai yang turut sibuk dengan uji bakat Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ketika ini.
Isu mengenai penyanyi yang bakal menggantikan tempat Faizal menerusi kedua-dua lagu terbabit dalam AJL22 mula hangat diperkatakan apabila Faizal telah dilarang membuat sebarang persembahan sama adakonsert atau pun program hiburan yang ke udara secara live di kaca TV selama 3 bulan.
Arahan itu dikeluarkan tahu arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia yang tidak berpuas hati dengan aksi keterlaluan yang ditonjolkan penyanyi itu dalam sebuah konsert yang dianjurkan 8TV di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, Faizal akui sengaja menanggalkan bajunya ketika menyanyi sambil berniat menunjukkan lambang S yang diwarnakan pada tubuhnya itu.
Bertitik tolak daripada itu, Fiq dan Yazer pada awalnya disebut-sebut sebagai antara calon hangat yang bakal menggantikan tempat Faizal dalam AJL22 kerana mereka mampu menguasai genre pop rock dengan baik.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
7 ulasan
sian aaa mamat tuu... tak psl2 dia kena. benda kecik nak perbesar... hipokrit betul org melayu nii..
yang mamat tu bukan melayu kee...respect r sket..dh la dlu kump nasyid..dah lupe ke semua..sape yang hipokrit skrang...
Ramainye rakyat malaysia jahil.. Buka baju dengan nampak aurat di anggap perkara kecil. Hukumnya Neraka! Adakah Neraka Itu kecil? Don't Play Play la...
bukak baju bg lelaki bkn aurat le cume kalo wt cm2 xsopan ngan budaya..aurat laki dari pusat hingga lutut tp bg pmpuan seluruh anggota kecuali muka n tapak tangan...dgn pakaian longgar yg xikut bntuk bdn n ttp dada...tp pmpuan skang dh sume t`bkk...
betul tuh... dalaaa pakai seksi, posing sengaja tunduk2 bagi tgk lurah dendam diorg...kalau nak amik tindakan, amik tindakan kat semua pihak skali.... baru adil dan saksama.... tapi, bagi aku, ape yg faizal buat mmg salah..sape suruh bukak baju time live show... tapi dia da mintak maaf, y not we give him 1 chance.... dia berbakat...dia kreatif...jgn terus main hentam jerr..kalau nak hentam, kita hentam artis2 yg pakai baju kemban, baju berlurah dendam, skirt belah panjang nak mampus, and posing kat majalah baju tunjuk2 body sedangkan populariti takde pun.....
MMG BTL...NP DORANG HENTAM FAIZAL CM2 SKALI..??? SMPAI SEKAT ROYALTI ALBUM DIE..??? CANE DIE NK SARA KELUARGA DLM 6 BLN CANI...BODOH R..PENTING DIRI....X PK SUME 2..MMG R APE Y FAIZAL TAHIR 2 WT SALAH TP BKN DIE ISAP DADAH OR MINUM ARAK PN...!!!!! EEE...AKU BTL2 XPHM R...NP ARTIS PMPUAN XNK GAM??? YG SEXY XIGT MATI...BETINE2 CM2 LE YG ROSAK KN ANAK MELAYU...KALO NK IKUTKAN ARTIS LAKI YG BKK BAJU KT MAJALAH MANGGA MELAMBAK2 ARTIS BKK BAJU KT KOLAM N POSING MCM MODEL LUCAH...NP XGAM JE MAJALAH 2?? PSL ORG2 YG GAM FAIZAL 2 YG B`IA2 TGK......
ENTAH...LAKI BUKAK BAJU NAK GANTUNGLA APELA..TAPI ARTIS POMPUAN YG DEDAH SEMUE TAK LAK NAK KECOH..POYO, HIPOKRIT, BERAT SBELAH, PILIH KASIH....MANE TAK RUNTUH BUKIT ANTARABANGSATUE...PUN TAK INSAF GAK
Catat Ulasan