pelakon drama yang terkenal berimej seksi, zila bakarin atau nama betulnya Rosmawati bakarin telah selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, azri izhar.
Zila kelihatan manis bertudung. Kan elok kalau imej ni kekal sampai la lepas dia bersanding nanti..
berikut berita penuh
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Tanpa bertunang, pelakon seksi, Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 33, diijabkabulkan dengan pasangannya Azri Izhar, 34, di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras di sini hari ini.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Bashri Abd. Majid, dengan mas kahwin RM1,000.
Dengan sekali lafaz, Azri sah bergelar suami Zila dan kedua- dua mempelai kelihatan berseri mengenakan pakaian berwarna putih.
Majlis pernikahan pasangan tersebut dibuat secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai.
Zila Bakarin yang ditemui selepas majlis akad nikah tersebut kelihatan terkejut dengan kehadiran wakil media tetapi tetap menyambut baik kedatangan media.
“Bukan Zila tidak mahu jemput media. Ini hanya majlis kecil, sebab Zila bercadang jemput pihak media semasa persandingan Zila nanti,” katanya.
Diminta mengulas tentang perhubungannya, kata Zila dia mengenali Azri yang merupakan seorang jurukamera sejak tujuh tahun lalu sewaktu menjalani penggambaran drama.
“Zila harap selepas perkahwinan ini rezeki Zila akan lebih murah dalam lakonan dan kekal bahagia dalam perkahwinan selamanya,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.
Tambah Zila, persandingannya akan dibuat dalam masa terdekat iaitu sebelum pertengahan tahun ini dengan hantaran sebanyak RM20,000.
Ehsan Utusan Msia 12 Januari 2008
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
tahniah kak zila.. semoga berbahagia sampai bila2.. haraolah berubah imej jd lebih sopan nnt.. anyway, ur shot and i love your acting... best of luck in life..
BalasPadam- aku bg ucpan mcm dier bace pun.. hehehe
bgs le kalo dh kawen..
BalasPadamzila, tahniah,semoga berkat pernikahan ini, rezeki lakonon zila mecurah-curah
BalasPadamaku t`kejut tul bile die wt statement akan trs kekel sexy bile dh kawen sbb laki die suke die sexy..!!! ya allah np le laki ko cm2..??? dayus ke??? lg t`kejut bile die ckp pergi umah mertua pakai seluar pendek..???? can u believe that...???? org barat pun xcm2!!! no manner..!!!! kalo x caye bc berita harian ari ni..16hb jan 08...
BalasPadamhebat betul ar suami die..buleh jinakkan ziela yang seksi nih..tabikk!!
BalasPadamlebih baik time nikah ni xpyh pakai tudung..xpyh tunjuk baik sangat..kat meldoi mggu lepas btl2 geli aku dengar n tgk pengakuan tentnag diri dia yg seksi..malu la..ingat asal usul n agama..knpe perlu nak tunjuk semua banadn..wahai suami zila bakrin bimbing la dia supuya jgn dedahkan tubuh badan dia kat org lain..dosa ingat la selalu
BalasPadamsmoga bkekalan
BalasPadam