Yanie jadi isteri
Oleh Norhadiani Baharom
www.hmetro.com.my
HAMPIR dua tahun bergelar anak seni namun tiada satu pun gosip cinta mengaitkan Siti Surianie Jul Karim, 22, atau lebih dikenali sebagai Yanie Mentor.
Justeru, apabila kad perkahwinannya dilayangkan kepada media semalam melalui Pegawai Perhubungan Awam Artiste United Records (AUR), Saiful Azmi Jamsari, ramai yang terkejut.
Apa tidaknya, tiada angin tiada ribut kad undangan perkahwinan Yanie itu menjadi bukti dia sebulat hati menamatkan zaman daranya dengan jejaka pilihannya, Irfin Abdul Manan, 27, hari ini.
Majlis pernikahan pasangan muda itu akan dilangsungkan di Pejabat Kadi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah, selepas solat Jumaat petang ini dan diadakan cukup sederhana selain dihadiri keluarga terdekat.
Menurut Azmi, Yanie dan Irfin mula berkenalan sejak tiga tahun lalu sebelum mengambil keputusan bertunang setahun kemudian.
"Kalau tidak silap, bakal suami Yanie bertugas sebagai pegawai di sebuah kementerian kerajaan. Mereka menjalinkan hubungan sebelum Yanie menyertai program realiti Mentor lagi.
"Mengenai karier nyanyiannya, sebagaimana dipersetujui Yanie tetap meneruskan kerjayanya itu walaupun bergelar isteri. Kalau ikutkan dari awal lagi pihak pengurusan memang sudah tahu mengenai hubungan mereka," katanya.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tags:
di manakah menghilangnya artis bernama yanie ni? hilang terus...dengar2 dia tidak pedulikan kedua orangtua nya lagi sekarang..betul kah!asyik berkepit ngan famili sblah suami dia ja.bertaubatlah..sayangilah mereka yg telah melahirkan dan membesarkan kita.
BalasPadam