Header Ads

TERKINI

Sheikh Muszaphar bertunang tidak lama lagi?




KUALA LUMPUR 26 Nov. – Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini berharap dapat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya tidak lama lagi.

Meskipun enggan mengesahkan hubungannya dengan Dr. Halina Mohd. Yunos yang mencuri tumpuan media apabila mendampinginya Sabtu lalu, beliau memberitahu, hubungan mereka belum memasuki alam pertunangan.

Namun, apabila ditanya sama ada beliau akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi, Sheikh Muszaphar berkata:‘‘Tidak lama lagi, saya harap.’’



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penganjuran Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia (MISA) di restoran miliknya, Rebung, di sini hari ini.

Ahad lalu, akhbar menyiarkan gambar dan identiti gadis pilihan Sheikh Muszaphar, 35, yang menemaninya ke majlis mesra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama media di sini.

Halina, 27, seorang doktor perubatan dalam bidang kecantikan (estetik) di PrimaNora Women’s Wellness Centre, mula berkenalan dengan Sheikh Muszaphar semasa menuntut di UKM, lima tahun lalu.

Kedua-duanya bagaimanapun enggan mengesahkan hubungan mereka sebagai kekasih meskipun Sheikh Muszaphar menyatakan mahu menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2009.

Semalam, bapa kepada Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha menjawab persoalan itu dengan mengesahkan hubungan mereka sebagai kekasih dan mengakui Halina bakal menantunya.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Ditanya berkali-kali mengenai butiran hubungannya dengan Halina, beliau tetap dengan pendirian mahu kehidupan peribadinya diasingkan dan enggan menjawab tapi hanya tersenyum.

Beliau turut memberitahu, media lebih gemar menyoalnya berhubung hubungan peribadinya berbanding eksperimen yang dilakukannya semasa berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bulan lalu.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


20 ulasan

Unknown berkata...

Emmm...nampaknya ramailah akak2 dan adik2 frust tertonggeng-tonggeng......apapun, i doakan Dr. Sheikh Muszaphar yg ensem tu bahagia...Amin!

Tanpa Nama berkata...

X di nafikan la msti ade yg frust tp aku nk komen something..aku bc dlm keratan akhbar yg gambar 2 di ambil dlm 1 function kt ukm. yg x best nye nape dr.sheikh yg bijak 2 xleh nk peka...b`pegang tgn ngan awek 2 mmg x elok..lbh2 lg die 2 dewasa.tanpa sbrg ikatan lak 2.dh r kt function 2 ramai doktor2 senior n org2 penting.so, xsepatut nya die `tayang` awek sblm ms nye.kalo ye pn nk bwk x pyh r nk pegang2 tgn n mesra2 cm dh ade ikatan ni..kalo die nk pegang2 tgn pn bkn dpn public k...lain r dorang dh ikat..!!! 2 mmg leh ignore je..cm x manis r..aku mmg dh x suke ngan dr.sheikh..br aku perasan yg die ngan dr.halina ni suke d glamour kn....

Tanpa Nama berkata...

moga-moga mereka ber2 bahagia hingga ke keakhir nya!! walaupun ramai yang frust termasuklah aku!!
Waa!! sedihnya.

Tanpa Nama berkata...

moga moga dr sms berbahagia dengan pilihan hatinya . kami rakyat malaysia menanti khabar gembira dari dr sms dan dr halina =]

Tanpa Nama berkata...

DR HALINA LBH2 BG STATEMENT........

Tanpa Nama berkata...

xde idola yg betul2 dapat didik peminat lg ke kat dunia ni?

Tanpa Nama berkata...

ee..xtau r..dr.sheikh pn sama je...b`pegang tgn dpn khalayak..benci r..igt kn baik sgt..!!!!

mya zara berkata...

saya minat giler kat dr.sms...hope dr halina akan bertudung...baru nampak manis...klu ramai yg jadikan dr sms sbgai idola,tak mustahil dr lina pun sama...plizzzz.i love both of u soooo much...

Tanpa Nama berkata...

dr sms sesuai ler dgn dr halina... ilah doakan agar berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin

Tanpa Nama berkata...

hmm..xsangka.ade gak lelaki 'close-to-perfect dlm dunia ni selain beckham tu..LUCKY her!
dah laa hensem~pandai~berjaya~
kuasa TUHAN~!!
semoga berkekalan :)

Tanpa Nama berkata...

cute la dr sheikh ni..
memang cute time jumpak die kat LIMA,Langkawi ;)

Tanpa Nama berkata...

Kenapa la dia x jadi boyfriend aku.Kalau x mesti best giler....

Tanpa Nama berkata...

dulu aku mnt gle ngn mamat sekor ni.tp lepas aku bc statement dia pegang tgn awek dia yg 'beriman tu', aku terus menyampah.nk tayang awek pon, agak2 r..xyah r tayang kt mjls camtu.dh tua bangka pon xtau nk pk lg

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong komen anonymous kt atas..aku pn meluat ngan dorang ni..dr sms x abes2 nk control macho..skema gile je..klaka tul bile aku tgk die b`cakap..cm bc skrip pn ade..huhuhuhu...ckp cm org b`iman je..tp bnde kecik pn xdpt pk..pegang tgn ngan awek dpn public.lucu bangat.....

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.....

actually i don't have any comment,but biledr sms ni nak kahwin...x sabar tau nak tunggu....nak tengok dr
dok kat atas pelamin....mesti ensem kan???tambah dgn pasangannya, macam pinang dibelah dua.......
whatever,i doakan supaya you ngan
pasangan you bahagia hingga ke akhir hayat........

Tanpa Nama berkata...

nsemtp nmpk tue sket
pape pn ok le tu..dh la nsem pndai lak..

Tanpa Nama berkata...

i raser sheikh muszaphar tak sesuai dengan dr.halina

Tanpa Nama berkata...

asal lak x sesuai??he know la the right things to do.yg u all jeles apasal???dr harlina ok what...dah la educated,sweet n so lucky to get that man.

Tanpa Nama berkata...

ala...............nape lah x dpt jmpa dr sms kat srwk hr tu...

Tanpa Nama berkata...

ala gambar dr sms yg ni je ke huhuhuh shedih2.... dr sms h N h ..t bile die dh tue2 sikit mesti cam richard gere de karisma n tambah2 encem ehehehe..
i love dr sms ...p/sst minat je tau x de cinta2 or suke2 pun lalala