Header Ads

TERKINI

Persandingan Ina Naim, Suhaimi meriah






KOTA TINGGI 18 Nov. – Majlis persandingan Nordiana Md. Naim, 23, atau Ina Naim dan suaminya, bekas penyanyi kumpulan In-Team, Mohd. Suhaimi Saad, 27, disempurnakan penuh meriah di Dewan Felcra Sungai Ara di sini hari ini.

Majlis persandingan pasangan yang diijabkabulkan pada pertengahan Ogos lalu itu diuruskan oleh Nasyeed.Com dan Persatuan Penggiat Industri Nasyid Malaysia (PIN) dengan kerjasama penduduk Felcra Sungai Ara.





Pengurus majlis itu, Mahadi Mohd. berkata, walaupun dianjurkan secara sederhana, namun ia tetap meriah dengan kehadiran 5,000 tetamu dan jemputan termasuk peminat-peminat artis berkenaan dan rakan-rakan artis daripada kumpulan Hijaz serta Mestica.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan majlis persandingan tersebut kerana mendapat bantuan sepenuhnya daripada penduduk kampung.

‘‘Kami telah mengaturkan persiapan majlis ini bersama penduduk kampung secara bergotong-royong,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis persandingan pasangan artis itu.

Perkarangan Dewan Felcra Sungai Ara mula dibanjiri tetamu seawal pukul 12 tengah hari dan menjadi sesak sejurus pasangan pengantin tiba di dewan berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

Mahadi berkata, walaupun hujan lebat, atur cara majlis yang dirancang seperti persembahan silat, zapin, perarakan kompang, bacaan doa, ucapan kedua-dua belah pihak dan upacara memotong kek dijalankan mengikut jadual.

Majlis menyambut menantu bagi pihak Suhaimi pula akan diadakan pada 24 November ini di Felda Tementi, Triang, Pahang.

Sementara itu, dalam sidang akhbar kemudiannya, Ina mengaku yang beliau kini hamil tiga bulan.

Mengenai kerjaya sebagai artis, beliau memberitahu, ada menerima tawaran berlakon baru-baru ini tetapi masih dalam peringkat pertimbangan manakala Suhaimi pula akan melancarkan album barunya tahun hadapan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


15 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Congrate to Ina n Suhaimi...

Tanpa Nama berkata...

hai..berita camni pon boleh masuk muka depan metro..buang karen je la...banyak berita lain yang lagi bagus untuk tatapan m'kat

Tanpa Nama berkata...

INA MMG NMPK B`SERI..TP CITE YG XPENTIG NI SISIPAN CKP R..BYK LG BERITA PNTG YG LEH PUBLISH..!!! NTAH PAPE R..

Tanpa Nama berkata...

Bertaubatlah ,,,cukuplah mengata Ina lagi.Sepatutnya kita bersyukur kerana mereka sudah berkahwin...

Apa pun Ina u tetap menarik di mata saya.Tahniah segalanya...jaga diri..

Tanpa Nama berkata...

Metro punya hak untuk letak berita apa yang u susah hati kenapa.... u nak masuk metro ke????

Untung Ina masuk paper u entah bila akan jadi macam dia.

Apa pun Tahniah u all berdua.

Tanpa Nama berkata...

NTAH APE2 LE KO NI..BKN NYE MENGUTUK TP MMG BERITA INA NAIM KAWEN 2 MMG XPENTING PN TUK NEGARA.DIER XSUMBANGKN PAPEPN!!!! DORANG CME KOMEN APSAL D JADIKN TAJUK UTAMA AKHBAR METRO.PADAHAL XPENTING PN.ORG MELAYU MMG CM2..TAKSUB HIBURAN.SKET2 CKP R TUK ILANG BORING N TENSION...BL LER NK MAJU CM ORG CINA...X ABES2 CITA2 NK JD PENYANYI.PAS2 NK KAYA CPT TACKLE R DATUK2 YG DH TUA KEREPOT..XLEH NK SSH N B`USAHA DR BWH..

Tanpa Nama berkata...

ANONYMOUS 5..APSAL R KO NI BODOH N BENGAP EK??? MMG R AKU SSH SBB AKU KUAR DUIT BELI AKHBAR TUK BC BERITA SEMASA N NEGARA YG PENTING2..PENGETAHUAN YG LEH MENGASAH MINDA N MOTIVATE DIRI..MMG R AKU SSH SBB AKU YG BELI AKHBAR 2...PAHM!!!

Tanpa Nama berkata...

apalah sumbangan ina naim kepada negara..
album tak laku..suara kalau sedap takpe..artis mee segera je ni..kalau takde mawi ntah apa jadi kat dia..apapun aku doakan dia bahagia sehingga ke akhir hayat

Tanpa Nama berkata...

eee...sukeny tgk dorg b2 ni...didoakan moge dorg kekal smp ahe hyt le kn

Tanpa Nama berkata...

ala biala die..dr ko 2...ada sespe knl x????? x pn kn...da 2 yg ko bengang ngn rezki org pehal...doa kn yg baik je da la..pyh r korg ni..ngata org tp sniri x btol!!!!!!!!!!1

Tanpa Nama berkata...

ala biala die..dr ko 2...ada sespe knl x????? x pn kn...da 2 yg ko bengang ngn rezki org pehal...doa kn yg baik je da la..pyh r korg ni..ngata org tp sniri x btol!!!!!!!!!!1

Tanpa Nama berkata...

smg bahagia ke akhir hayat..............

fartlover berkata...

Suhaimi seorang lelaki yang bertuah dapat kahwin dengan Ina Naim. Aku suka Ina ni, comel.

Tanpa Nama berkata...

udah2 ler tu korang ni.. ala, ape nak kecoh.. big boss metro pon x bising pasal ni... sukati dorang la nak letak berita ape pon.. korang kalo xnak,watla surat kabar sendiri.. kalo kate buang duit beli metro, beli la paper lain..

Tanpa Nama berkata...

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..