Vee dan bekas suami bersahabat baik
Aziz, Vee kini sahabat baik
Oleh Norhadiani Baharom
www.hmetro.com.my
Apakah mereka kembali bersatu sebagai suami isteri? Lebih menguatkan bukti apabila kedua-duanya tidak menolak bergambar bersama bahkan di mana ada Aziz d isitu ada Vee.
Ketika berbual dengan wartawan, kemesraan dan kasih sayang antara mereka kelihatan masih menebal malah beberapa kali terdengar Aziz memanggil Vee dengan panggilan 'ibu'.
aziz dan vee masih bersahabat. Vee dengan imej baru yang tidak bertudung
Ketika zaman bahagia dan vee masih bertudung
Seakan dapat menduga tanda tanya yang bermain di fikiran wartawan, Aziz berkata, mereka bukan datang berdua-duaan sebaliknya berasingan.
"Kami datang dengan kenderaan masing-masing. Malah langsung tidak merancang mengenakan pakaian sedondon dan ia hanya kebetulan.
"Tidak apa yang perlu dirahsiakan kepada umum mengenai hubungan saya dengan Vee ketika ini kerana tiada petanda untuk kami kembali bersatu sebagai suami-isteri. Tapi kami kini bersahabat baik. Selama 15 tahun bersama walaupun sekarang tiada sebarang ikatan, kami masih berkongsi anak-anak.
"Saya akui sehingga saat ini makan pakai saya masih dipantau Vee. Saya potong rambut seperti ini pun kena tegur dengan dia. Mungkin sebab sudah terbiasa kerana sejak dulu lagi dialah yang menentukan baju apa yang sesuai dan patut saya pakai memandangkan saya ini jenis manusia yang tidak kisahkan penampilan.
"Pakaian kami malam ini misalnya. Sebagai kawan baik, tidak salahkan jika kami memilih baju sedondon. Mungkin ia janggal di mata umum namun tidak pada kami kerana sehingga kini kehidupan kami tidak banyak bezanya melainkan tidak lagi sebumbung, sekatil dan sebilik.
"Lagipun kami mengambil keputusan untuk berpisah bukan sebab saya sudah menyampah tengok muka dia atau dia juga benci tengok muka saya, sebaliknya kami bercerai atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dijelaskan selain percaya ini sudah suratan Tuhan," katanya.
Sementara itu Vee berkata, dia dan Aziz masih menjalankan perniagaan bersama serta bekerja dalam satu pejabat yang sama. Malah mempunyai perancangan untuk menubuhkan anak syarikat Ace Motion Pictures, Padi Pictures dan Ace Media Post pada masa terdekat ini.
Katanya, Padi Pictures sebuah produksi yang membabitkan penerbitan filem dan antara yang sedang diusahakan adalah filem Azura manakala Ace Media Post pula syarikat rakaman suara.
"Sebab itulah hubungan kami tetap baik sampai sekarang hingga saya sendiri masih mengambil berat penampilan Aziz.
"Kita ini orang berniaga, kenalah jaga imej. Sebab itulah walaupun sudah bercerai saya masih mengambil berat soal penampilan Aziz kerana dia bukan saja membawa syarikat dia tetapi secara tidak langsung nama saya.
"Apa yang membuatkan kami terus berkawan baik sehingga hari ini kerana sebelum mengambil keputusan bercerai, kami pernah berjanji untuk menjadi ibu bapa yang baik. Kami tidak mahu merosakkan masa depan anak disebabkan orang tua bermusuhan," katanya.
Mengenai penampilan kini yang tidak lagi bertudung berbanding ketika masih menjadi isteri, Vee enggan memberikan sebab sebenar dia berbuat begitu.
"Saya terpaksa merahsiakan perubahan ini atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dikongsi bersama. Berkenaan tohmahan masyarakat sekeliling rasanya sekarang ini pun sudah ada orang yang bercakap tapi apa yang mampu saya lakukan melainkan hanya berdiam diri," katanya.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

14 ulasan
uii..dah tak pakai tudung ye vee...
kenapa vee tidak pakai tudung lagi???????????dah cukup sangat ke amalan untuk bekalan di akhirat tu vee oiiii????janganlah coz kawin dengan aziz ko terpaksa pakai tudung,ikhlaskan diri tu ci kak oii..agama Islam tidak ada mengatakan bercerainya seseorang mesti gugurkan tudung tu...takkan tidak faham lagi kehidupan seseorang muslimah setelah bertahun-tahun mengamalkan kehidupan sebagai individu Islam!!!!sedarlah diri sedikit, usia kita bukan makin muda tapi makin tua......fikirlah dan maaf diatas kekasaran bahasa kerana apa, kerana saya tidak suka orang yang memperkotak-katikkan agama yang indah ni...
sedarlah vee...hidup bukan bergantung pada manusia tu tapi pada diri kita sendiri...so pandai-pandai hargainya..jangan jadikan cerai sebagai alasan untuk buka tudung kerana islam bukan begitu
PELIK TUL AKU..KALO DH XLEH NK IDUP ANTARA 1 SAMA LAIN..WTPE NK CERAI..??? VEE LAK NAPE CM2..?? BUKAK TUDUNG SUKE2 JE..CM T`PKSE PAKAI JE TUDUNG 2 DULU...
aku pun bengang gak nih... dahlah dia ni jd ikon aku...tau-tau je dia dh buka tudung..cun tau dia pkai tudung.manis bangat...vee janganlah mcm ni...fikir baik2 sblom at kputusan
ceteknya ajaran agama dia. bodoh gile! cikgu,ustaz or ustazah die mati ke mase ajo die agama dulu?! semate2 mengejar duniawi ape2 sanggup. ya allah. dunia sekarang! ni islam hadhari yg pak lah kite impikan sgt ke?!! vee dulu komain tutup,,sopan,,manis dpd gule2..skrg bukak.
memg tak semua manusia perfect tp kenape sampai jadi mcm ni? agama islam yg suci amik mudah,endahxendah,acuh tak acuh aje?
same2 lah berdoa agar vee kembali bertaubat ke jalan yg benar sebelum ape2 terjadi.
cerai ngn suami pun,,takkn tudung pun nak becerai kan?! ish2.
Ler..Pakai tudung ke tidak, itu dia punya pasal la..Kubur masing2 jawab sendiri..Yang korang kEPO sangat ape pasal? Korang tu baik sangat ke? Tengok diri sendiri sebelum mengata orang. Korang bole gerenti ke orang yang pakai tudung masuk syurga? Nak nasihat orang tak pakai tudung konon. Pi ah..
datuk j yang dihormati, memanglah setiap orang kubur masing-masing..buat apa nak amik tau hal dalam kain orang yer dak..
tapi tak salah untuk menegur demi kebaikan umat islam sejagat. tujuan menegur ni elok, supaya agama islam ni tak mudah dan senang-senang dipermainkan.
ya, tak semestinya orang bertudung tu masuk syurga..tapi sekurang2nya sipemakai tudung dah kurang satu dosa kerana tidak membuka auratnya kepada yang bukan mahram..
aku pun bukan pandai agama tapi tak sanggup suruhan agama aku dipermainkan...
just my 2 cent
semua nak tunjuk pandai
dosa dia biorla dia...pahala korang dah cukup...?
sepatutnya hukum bunuh ja..
Apa lah korang ni, yang berdosa tu dia bukan korang. heeiii....
aziz akan kawen org terengganu ari jumaat ni 15/8 2008 kat kuala terengganu..jom la datang
aku setuju dgn aman..
bkn mo tunjuk pandai tp klu mo tunggu sampai kita ni jadi baik baru mo tegur n nasihat org bila la agaknya.klau x sempat sampai ajal memanggil apa crita kan.. kita tegur org sekurang2nya dpt mengingatkn diri kita sendri. so ada komen td 2 pandai2 la fikir kkk
semoga dpt ambil ikhtbr dari semua komen2 ni.yang niat kta baik
(inna akml lu binniat)
Catat Ulasan