Header Ads

TERKINI

Ina Naim selamat bernikah dengan suhaimi


Tahniah diucapkan kepada anda berdua. semoga selamat melayari bahtera perkahwinan..amin

Ina, Suhaimi bernikah

Oleh HASNURUL MOHAMAD

Pasangan pengantin Mohd. Suhaimi Saad dan Nordiana Md. Naim selamat diijab kabul di Masjid Jamek Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI 12 Ogos – Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd. Suhaimi Saad, 27, selamat dinikahkan dengan Nordiana Md. Naim, 23, yang lebih dikenali sebagai Ina Naim di Masjid Jamek Felcra Sg. Ara, dekat sini, malam ini.

Pasangan pengantin baru itu dinikahkan oleh jurunikah Al Sheikh Taufiq Datuk Kiyai Shamsuddin selepas solat Isya di hadapan ahli keluarga kedua-dua pihak.

Dengan sekali lafaz, Suhaimi sah menjadi suami Ina dan kedua-dua mempelai kelihatan serasi apabila mengenakan pakaian sedondon putih rekaan Lat‘s Collection.

Suhaimi yang juga merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyarungkan cincin pernikahan ke jari manis isterinya sebagai acara pembatalan air sembahyang.

Suhaimi yang merupakan anak kelahiran Triang, Pahang, menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Ina.

Sebelum diijabkabulkan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja di rumah orang tua Ina di Felcra Sungai Ara.

Pada majlis yang sama juga kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan bertukar-tukar dulang hantaran.

Pihak lelaki memberi tiga dulang hantaran termasuk wang berjumlah RM10,000 kepada pihak perempuan dan membalas dengan lima dulang hantaran.

Selepas majlis pernikahan, pasangan pengantin baru itu diarak ke rumah orang tua Ina untuk majlis jamuan makan.

Pasangan ini dinikah ‘gantung’ pada malam ini atas alasan tidak mahu timbul sebarang fitnah apabila kedua-duanya sering kelihatan bersama mengadakan persembahan.

Sementara itu, Ina ketika ditanya mengenai perasaannya setelah bergelar isteri berkata, beliau bersyukur dan redha dengan jodohnya.

“Alhamdulillah... segalanya sudah selamat dan kini saya mempunyai seorang suami untuk melindungi dan membimbing saya,” katanya.

Beliau berkata, walau pun sudah bergelar isteri, beliau akan tetap menjalani kehidupan sebagai seorang artis tetapi keluarga adalah keutamaannya.

Katanya, atas keizinan suaminya, beliau akan meneruskan karier seninya.

Suhaimi pula berkata, inilah jodohnya dan beliau akan cuba menjadi ketua keluarga yang membimbing isteri ke jalan yang diredhai Tuhan.

“Saya bersyukur dan selepas ini, saya akan tumpukan sepenuh perhatian kepada kerja, kerjaya dan rumah tangga,” katanya.




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

2 ulasan

Riyan Battosay berkata...

wew gambar2 nya cantik cantik and asik banget dech mbk. maju terus pantang mundur dech...

http://nibiru-world.blogspot.com/

fartlover berkata...

Ina Naim ni senyum jer aku dah tak tahan beb!