Isnin, Julai 09, 2007

Erra kecewa gosip Hans, Engku Emran keterlaluan




Adegan kecoh di apartmen banyak diputarbelitkan
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Serimah Salehuddin www.bharian.com.my

TIADA kata hitam putih mengenai percintaan mereka yang pernah didengar peminat. Apa yang sampai ke telinga hanya khabar angin mengatakan dua pelakon popular, Erra Fazira dan Hans Isaac sebenarnya bukan sekadar berkawan.

Lalu, seluruh peminat tersentak apabila Hans tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya dengan si bekas ratu cantik ini sudah putus. Apa yang putus, seandainya mereka berdua tidak bercinta? Mengapa pula nada Hans dalam kenyataannya di akhbar Harian Metro itu cukup lain bunyinya sekiranya dia dan Erra rakan biasa?

Kerana sebuah gosip yang disiarkan mengenai seorang artis sudah mempunyai buah hati yang lain, maka cerita sebenar sudah hampir diketahui. Selepas kenyataan Hans, buah hati yang dimaksudkan, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran serta Erra sendiri juga sudah membuka mulut mereka menjelaskan keadaan.

Hip mendekati Erra pada petang Jumaat lalu untuk mendengar luahan hatinya.



"ADA beberapa perkara penting yang ingin Erra kongsikan di sini, yang Erra rasakan cukup mustahak untuk diketahui semua. Pertamanya, keadaan sudah kembali baik antara Erra dan Hans dan kekecohan yang berlaku beberapa hari lalu itu pun sudah diselesaikan dengan sebaiknya.

"Erra tidak menafikan, Hans agak beremosi sebelum ini dan agak panas dengan apa yang terjadi. Waktu itu, Erra sendiri pun tidak dapat bercakap dengan Hans. Syukurlah, kini kami sudah dapat berkomunikasi semula. Sejak dua tiga hari lalu Erra sudah dapat bercakap kembali dengannya.

"Ya, Erra dan Hans ada masalah, kami tidak menafikannya. Begitupun, semua itu sudah dapat diungkaikan. Maksudnya, Erra sudah berbicara bersama Hans. Jika baiklah perhubungan kami, baiklah, tetapi jika sebaliknya, hidup kita harus diteruskan.

"Erra sendiri mahukan kebahagiaan. Erra bukannya semakin muda. Erra mahu mencari lelaki yang boleh membimbing Erra. Begitupun, Erra tidak pernah mengeluarkan kenyataan, siapa lelaki yang akan menghabiskan hidup bersama Erra.

"Justeru, yang kedua ingin Erra tegaskan, Erra ada hak untuk mengenali hati budi sesiapa. Dalam proses pengenalan itu, mungkin pilihan Erra itu betul dan mungkin juga salah. Kita tidak tahu apa berlaku pada masa depan. Namun, peluang untuk mengenali hati

budi itu amat penting buat Erra. Kalau jodoh, ia tidak ke mana dan kita semua tahu, kita tidak boleh mengelakkan kalau itulah jodoh kita.

"Lalu, apabila kekecohan seperti ini terjadi, Erra jadi serba salah kerana ia sudah membabitkan maruah diri dan keluarga. Apa yang Erra minta ketika ini ialah masa untuk mencari jawapan Erra sendiri. Setiap individu itu mempunyai proses pengenalan mereka sendiri dan menerusi proses itu, jika dia berasakan ada kesesuaian, ia boleh diteruskan dan jika tidak ada, maka tiadalah.

"Erra menerima segala apa yang berlaku sebagai ujian daripada Tuhan. Sudah acap kali Erra menerima dugaan Ilahi, dan kali ini Erra laluinya sekali lagi. Meskipun begitu, kata orang tua, ujian yang menimpa menandakan Tuhan menyayangi kita. Jadi, Erra menerimanya dengan hati terbuka kerana Erra melihat secara positif, Tuhan menyayangi Erra.

"Tentunya Erra agak kecewa apabila pelbagai cerita disebarkan mengenai apa yang terjadi. Terus terang Erra katakan, apabila sesebuah cerita dipetik daripada sumber yang tidak menentu, maka ia menjadi keterlaluan. Lalu keluarlah cerita kami bergaduh di apartmen la, Engku Emran memakai boxer la... Memang ada salah faham berlaku antara Erra dan Hans, tetapi nyata sekali bukan sebagaimana yang digambarkan.

"Jika boleh, Erra sekelumit pun tidak mahu melanjutkan perkara ini. Cuma Erra ingin katakan, apa yang berlaku tidaklah seperti yang diceritakan oleh gosip dan sebagainya. Semua orang tahu Erra tidak tinggal di apartmen dan Erra pula tinggal di kediaman Erra

bersama beberapa orang lagi termasuk pembantu peribadi dan sepupu Erra (merujuk kepada tuduhan dia dan Emran hanya berdua).

"Yang ingin Erra tekankan juga, Erra dan Hans masih bersahabat. Erra bukannya hendak bermusuh dengan sesiapa dan Erra tahu, itu juga bukan cara Hans. Apa yang sudah berlalu, kami saling memaafkan dan seterusnya kami melupakan.

"Erra dan Hans berhak untuk mendapat hidup yang bahagia. Namun, cara mana kebahagiaan itu akan tiba, kita sendiri tidak mengetahuinya. Hans pula ialah lelaki yang sangat baik, jika kita mengenali dirinya. Erra tidak marah padanya. Tetapi kita semua manusia, sentiasa terdedah kepada melakukan kesilapan. Erra sendiri turut membuat kesilapan."

FAKTA: Gossip Erra Fazira

  • Erra Fazira Wan Chek, 33, Sabtu lalu dipetik mengakui menjalin hubungan rapat dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, sejak dua bulan lalu.
  • Katanya, dia dan Engku Emran, 32, berkawan rapat selepas hubungan dengan pelakon Hans Isaac, 36, tidak lagi serasi.
  • Erra apabila ditanya mengenai perkahwinan dengan Engku Emran berkata, ia adalah soal jodoh dan ketentuan Tuhan. Ketika ini, katanya, mereka masih baru berkenalan dan sedang mengenali hati budi masing-masing.
  • Wanita jelita ini mula berkawan dengan Hans sejak mereka berlakon bersama dalam filem Gemilang (arahan Datuk Yusof Haslam pada 2002). Bagaimanapun hubungan mereka semakin rapat selepas dia bercerai dengan Yusry.
  • Aktres yang kini rancak menjalani penggambaran filem Hidden itu turut menegaskan Hans bukan punca perceraiannya dengan Yusry.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

16 ulasan:

  1. go go hans..
    simpati atas nasib anda di perkotak katik oleh si erra yang ntah apa2...

    BalasPadam
  2. saya pun simpati ngan Hans...
    Ingatkan Erra tu baik, rupa-rupanya indah khabar dari rupa

    BalasPadam
  3. dah lah hans...Banyak lagi perempuan di dunia ini.Cari lah yang sama agama.Jangan nanti menyesal bila dah tukar agama.

    BalasPadam
  4. biar kan berlalu hans inggat tuhan banyak banyak.Go to Church N Pray..

    BalasPadam
  5. never mind Hans ,,,asal u sudah rasa body era....cukuplah

    BalasPadam
  6. erra is a bitch

    BalasPadam
  7. erra is a bitch

    BalasPadam
  8. erm... jdoh pertemuan di tangan tuhan punye.... teteapkan pendirian.. erra till the not good person..

    BalasPadam
  9. kalau rasa diri tu cantik dan laku,mulalah lupa diri.mcm la cantik sgt

    BalasPadam
  10. Jgn mudah pts asa hans...hidup masti di teruskan....

    BalasPadam
  11. malula sikit erra.. perangai yg suke tukar lelaki.. buat2la berubah.. maruah kamu mana... umat islam konon..

    BalasPadam
  12. hish. ape la erra tuh. tk sangke die mcm tu. no matter what statement she will give to the press, i think shes really pretentious. seriously. i was shocked when i first knew about this. aku punye la suke kat erra tu, skrg jd mcm ni pulak. haiyahhh!! dissapointed siaa.

    BalasPadam
  13. eleh,hans pun tak betul gak.kata dah serik ngan artis melayu,tapi yg dia ngan fasha berlaga2 pipi tu.kalau dia gentleman tak payah merosakkan nama org lain.kata nak masuk islam,takkan bila nak kahwin baru nak masuk.patutlah erra pilih engku emran,yang dah tentu2 boleh membimbing.

    BalasPadam
  14. dah lar hans.... kuar date dgn aku je ar..... dulik ar pe org nk ckp... hehe..

    BalasPadam
  15. erra tu bohsia.sapa budak motor sentul mesti kenal punyala sapa dia....dah berapa byk dapat dia dah

    BalasPadam
  16. x baik ckp erra camtu...tgk diri kita dulu sblm mengata org...mesti la erra nak cari seseorg utk diri yer...seseorg yg bleh membimbing dia...slh kah kalu kita cari pasangan yg bleh beri kita kebahagian dunia n akhirat....jgn tgk pade sblh pihak jew..sbb bkn kita yg melalui situasi ni sume..

    BalasPadam